SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati selepas membaca alasan ketidakhadiran seorang murid ke sekolah di dalam grup WhatsApp kelas anaknya.Menurutnya, murid berusia tujuh tahun itu kerap tidak hadir ke kelas sejak sekolah dibuka Januari lalu kerana bapanya sering dimasukkan ke hospital. Setiap kali membaca alasan ketiadaan murid tersebut, hatinya tersentuh dan mendoakan agar si bapa itu segera sembuh.Kehilangan insan tersayang memang memedihkan. -Gambar hiasan AI"Anak-anak lain menikmati dunia baru alam sekolah rendah. Ibu-bapa anak-anak lain pun enjoy the moment tengok gelagat anak masuk darjah satu. "Tapi anak ni tak dapat menikmati salah satu fasa penting dalam hidup dia. Kesian dia," katanya di Thread.Dalam perkongsian sama, wanita itu berkongsi tangkap layar daripada grup WhatsApps bertarikh 12 Februari.Kali ini alasan yang tertera berkaitan ketidakhadiran murid berkenaan cukup muruntun jiwa iaitu, 'ayah meninggal dunia'.ARTIKEL BERKAITAN: 'Member tag' mudahkan guru, dah tak payah 'pening' urus ibu bapa di grup WhatsApp kelasARTIKEL BERKAITAN: Tak faham erti miskin... Guru tegur ibu bapa murid tiada internet, mesej tak sampai - "Tak baca WhatsApp grup ke?"Menurutnya, walaupun tidak mengenali murid itu secara peribadi, dia merasa dekat kerana anaknya belajar di tempat yang sama dan telah membaca alasan ketidakhadiran murid itu selama lebih sebulan."Umur tujuh tahun ni masih nak dimanja nak dibelai. Manja kededek orang kata. Tapi kecil-kecil lagi dah kehilangan ayah tersayang."Semoga roh arwah ayahnya dicucuri rahmat, dan Allah memberi kemudahan serta pertolongan kepada anak ini dan keluarganya," katanya.Murid 7 tahun kerap tidak hadir kerana ayahnya sakit.Guru terharu membaca alasan ketidakhadiran murid itu.Murid tak dapat nikmati fasa awal sekolah rendah.Wanita itu merasa dekat kerana anaknya di sekolah sama.Perkongsian ini mendapat perhatian netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian ini mendapat perhatian netizen yang berkongsi pengalaman berdepan detik yang hampir sama. "Saya pernah dapat senarai kedatangan daripada seorang ibu dalam grup kelas anak... dia beritahu yang anak dia dah meninggal."Sedihnya, macam mana ibu dia kuat boleh kemas kini senarai kedatangan untuk anak dia yang tak ada," katanya.Seorang ibu pula berkongsi kenangan memberitahu kepada guru kelas anak-anaknya bahawa mereka baru kehilangan bapa."Ia berlaku tahun lepas, papa mereka meninggal sebab sakit jantung. Saya mesej cikgu pukul 3 petang nak mohon cuti beberapa hari, pada saya emosi anak-anak paling utama," katanya.