suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Member tag' mudahkan guru, dah tak payah 'pening' urus ibu bapa di grup WhatsApp kelas

'Member tag' dikatakan dapat memudahkan guru menguruskan grup WhatsApp kelas. -Gambar hiasan AI

BERURUSAN dalam grup WhatsApp kelas yang mengandungi lebih 40 ibu bapa bukan tugas mudah buat guru. 

Ada mak ayah yang menggunakan nama samaran dan ada pula penjaga yang tidak memperkenalkan diri menjadikan proses mengenal pasti waris satu cabaran besar.

Situasi ini sering menyukarkan guru, terutama apabila perlu menghubungi ibu bapa dengan segera bagi urusan akademik, disiplin atau kecemasan.

Melalui member tag anda boleh meletakkan nama anak untuk membantu guru mengenali nombor telefon ibu bapa murid.Melalui 'member tag' anda boleh meletakkan nama anak untuk membantu guru mengenali nombor telefon ibu bapa murid.

Namun, masalah itu kini dapat diatasi apabila, WhatsApp kini membolehkan setiap ahli kumpulan meletakkan ‘member tag’ atau peranan seperti ibu, bapa atau waris berserta nama anak.

Dengan cara ini, guru boleh terus mengenal pasti siapa ibu atau bapa kepada pelajar tertentu tanpa perlu menyimpan nombor satu per satu, sekali gus menjadikan pengurusan grup kelas lebih tersusun dan efisien.

Kaedah 'member tag'

- Masuk ke grup WhatsApp

- Masuk ke bahagian 'group info'

- Di nama anda tertera 'add member tag'

- Tekan dan letakkan siapa anda

- Contoh ibu kepada Siti Aishah

- Kemudian 'save'

Dalam era digital, kemudahan sebegini dilihat mampu membantu pengurusan sekolah dan komunikasi antara guru serta ibu bapa menjadi lebih efisien dan sistematik.

Artikel Lain