AMALAN solat berjemaah di tempat kerja bukan sahaja memberi manfaat rohani, malah memberi kesan positif terhadap disiplin dan prestasi kakitangan.Ketua Pegawai Eksekutif Imika Empire Sdn Bhd, Abdul Rahim Tahir berkata pelaksanaan solat jemaah secara konsisten dalam kalangan staf pejabat membawa pelbagai kebaikan kepada organisasi. Menurut beliau, antara perubahan paling ketara ialah aspek pengurusan masa, apabila kakitangan lebih menepati waktu bekerja.“Apabila azan berkumandang, semua staf terus naik ke tingkat atas untuk solat."Tempoh solat break sekitar 15 minit digunakan sepenuhnya dan tidak berlarutan,” katanya.Abdul Rahim (kanan, baris pertama) berkongsi manfaat kelebihan berjemaah di tempat kerja. -Gambar Facebook Abdul RahimSelain itu, Abdul Rahim berkata amalan solat berjemaah turut membantu meningkatkan disiplin, apabila tiada ruang untuk aktiviti tidak produktif seperti melepak, tidur atau merokok di surau dilakukan oleh staf.Dari sudut hubungan sesama kakitangan, beliau menjelaskan solat berjemaah menjadikan staf lebih rapat dan saling menghormati.“Selesai solat, kami bersalaman dan hubungan sesama staf menjadi lebih erat,” katanya yang memiliki lebih 100 cawangan kedai komputer dan peranti elektornik di seluruh negara.Tambah beliau, amalan tersebut juga berjaya merapatkan jurang jawatan dalam organisasi, apabila semua kakitangan tanpa mengira pangkat, termasuk pengurus dan juruteknik, bergilir-gilir menjadi imam.Dalam masa sama, fokus kerja staf didapati semakin meningkat walaupun terdapat beberapa kali rehat solat dalam sehari.“Kerja tetap perlu disiapkan mengikut masa ditetapkan. Jadi selepas solat dan doa, staf terus kembali menyambung tugas sehingga waktu solat seterusnya,” katanya.Abdul Rahim turut memaklumkan bahawa setiap kali selesai solat berjemaah, kakitangan akan bersama-sama berdoa untuk kejayaan syarikat dan kesejahteraan semua staf di seluruh Malaysia.“Dalam kesibukan mengejar dunia, 15 minit ketenangan ini (solat), empat kali sehari, seolah-olah menjadi ‘reset’ yang menenangkan jiwa,” katanya.Abdul Rahim berharap lebih banyak organisasi dapat mencuba amalan ini kerana percaya suasana kerja yang tenang dan berteraskan nilai spiritual mampu melahirkan kakitangan yang lebih fokus dan produktif.Manfaat solat berjemaah di tempat kerja- Pengurusan masa lebih teratur- Disiplin kerja meningkat- Hubungan sesama staf lebih erat- Jurang jawatan dirapatkan- Fokus dan produktiviti kerja bertambah- Doa untuk kejayaan syarikat- Ketenangan di tempat kerja