suria

Bukan hanya untuk orang demam, rupanya boleh guna paracetamol ‘rawat’ seterika... Doktor butikan kesan hitam berkerak hilang!

Petroleum jelly dan paracetamol dikatakan dapat membersihkan seterika. -Gambar hiasan AI

PASTI ramai antara kita pernah berdepan masalah tapak seterika menjadi hitam, melekit dan tidak licin sehingga kain mudah rosak.

Kebiasaannya, ada yang memilih untuk menggosok kuat, mengikis atau terus membeli seterika baharu.

Namun seorang pengamal perubatan, Dr Roland Victor berkongsi kaedah yang mampu menyelesaikan masalah itu tanpa merosakkan permukaan seterika.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Roland mendedahkan penggunaan paracetamol (PCM) dan petroleum jelly mampu menanggalkan kesan hangus dan kotoran yang melekat pada tapak seterika.

Letakkan paracetamol pada kain dan digosok pada permukaan tapak dapat membersihkan seterika. -Gambar hiasan AILetakkan paracetamol pada kain dan digosok pada permukaan tapak dapat membersihkan seterika. -Gambar hiasan AI

Kaedah bersihkan tapak seterika

- Panaskan seterika pada suhu sederhana

- Sapu petroleum jelly pada kain buruk

- Letakkan beberapa biji paracetamol di atas kain

- Gosok tapak seterika pada kain tersebut

- Kotoran akan tertanggal dengan sendirinya

- Lap tapak seterika dengan kain bersih

Hasil kaedah tersebut kata Dr Roland mampu menjadikan tapak seterika kembali licin dan berkilat seperti baharu.

“Hakikatnya seterika itu tak rosak, ia cuma kotor. Apabila kita ubah keadaan kimia pada permukaan tapak seterika, kotoran yang melekat akan tertanggal sendiri,” katanya.

Beliau menyifatkan penggunaan PCM dan petroleum jelly itu membantu mengubah keadaan permukaan tapak seterika supaya sisa hangus dan kotoran menjadi longgar dan mudah dibersihkan.

Diumpamakan seperti tubuh manusia

Dalam masa sama, Dr Roland turut mengaitkan kaedah ini dengan keadaan tubuh manusia.

Menurutnya, ramai menyangka badan mereka bermasalah apabila berat badan naik, paras gula tinggi atau sering berasa penat, lalu memaksa diri dengan diet ketat, senaman ekstrem dan pengambilan ubat serta suplemen berlebihan.

“Masalah sebenar bukan badan rosak, tetapi sistem dalaman bekerja dalam keadaan yang tak sesuai seperti inflamasi tinggi dan hormon tidak seimbang,” katanya.

Tambah beliau, apabila asas seperti gaya hidup, pemakanan dan pemantauan kesihatan dibetulkan, tubuh akan mula berfungsi dengan lebih baik tanpa perlu paksaan.

“Bila setting badan betul, ia akan pulih sendiri. Sama macam seterika tadi, bila keadaannya betul, kelicinan itu datang sendiri,” katanya.

Artikel Lain