suria

Ikut langkah ini untuk rayuan STR secara manual, online... Permohonan ditolak mungkin sebab silap butiran, tak cukup dokumen

Rayuan secara dalam talian boleh dibuat sehingga 13 Februari depan.

PEMOHON Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang berstatus 'tidak lulus' dan ingin mengemukakan rayuan boleh membuat permohonan bermula 12 Januari.

Berdasarkan notis pemakluman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tempoh rayuan bagi pemohon yang tidak lulus dibuka selama sebulan sehingga 13 Februari ini.

Manakala bagi penerima yang ingin mengemas kini maklumat boleh berbuat demikian mulai 16 Februari.

Kaedah rayuan juga boleh dibuat secara manual dengan hadir ke mana-mana cawangan LHDN di seluruh negara.Rayuan juga boleh dibuat secara manual dengan hadir ke mana-mana cawangan LHDN di seluruh negara.

Rayuan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDN dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Rayuan dalam talian:

- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

- Log masuk ke akaun STR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.

- Pilih menu Permohonan Rayuan.

- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.

Manual:

- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

- Dapatkan borang Permohonan Rayuan BK-01 secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.

- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.

- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. 

Sementara itu, pemohon perlu mengemukakan dokomen sokongan sebagai bukti bagi membolehkan mereka layak menerima STR seperti maklumat anak dan pasangan serta dokumen pemilikan harta.

 

Artikel Lain