suria

Ramai kongsi kod QR di media sosial, teruja lihat tawaran beri wang percuma... Akhirnya akaun 'lesap'

Tawaran pemberian wang secara percuma kerap kelihatan di media sosial. -Gambar hiasan AI

ORANG ramai diingatkan supaya tidak berkongsi kod QR atau nombor akaun bank mereka secara terbuka hanya kerana tertarik dengan tawaran wang segera di media sosial. 

Menurut beberapa pengguna Threads, tindakan mudah seperti memaparkan QR akaun bank kepada umum boleh membuatkan pemilik akaun terjerumus kepada risiko menjadi mangsa penipuan.

Ada antara mereka pernah menjadi mangsa berkata, scammer biasanya memancing mangsa dengan janji hadiah atau wang percuma melalui Telegram atau media sosial lain. 

Mangsa yang terpedaya seterusnya mungkin mendapati akaun mereka digodam, hilang wang dan identiti bank disalahgunakan.

Scammer licik dalam memperdaya orang ramai di media sosial. -Gambar hiasan AIScammer licik dalam memperdaya orang ramai di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Mereka suruh saya join grup Telegram, bila lihat (periksa) akaun saya terus hilang. Ingatkan mereka nak bagi duit, rupanya tipu. Jangan mudah percaya.

“Kalau terkena sekali, akaun kita boleh ditandakan gelap. Nak bekerja pun susah.

"Proses untuk melepaskannya melalui Bank Negara Malaysia atau polis boleh mengambil masa bertahun-tahun,” kata netizen.

Mangsa mendakwa pihak bank menekankan, selain tidak berkongsi QR, pengguna juga harus berhati-hati dengan sebarang panggilan atau mesej yang menawarkan saguhati atau hadiah percuma. 

Sekiranya berlaku penipuan, mangsa harus melaporkan segera kepada pihak berkuasa dan tidak cuba menyelesaikannya sendiri dengan transaksi tambahan kerana ini boleh menambahkan kerugian.

Tips keselamatan

- Jangan berkongsi QR atau maklumat akaun bank di media sosial.

- Hati-hati dengan panggilan, WhatsApp atau mesej tawaran hadiah/duit percuma.

- Sentiasa sahkan identiti pihak yang meminta maklumat akaun.

- Sekiranya terkena penipuan, laporkan segera kepada bank dan pihak polis.

 

Artikel Lain