RAKYAT Malaysia kini boleh membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula Khamis. Kedua-dua inisiatif bantuan itu antara langkah berterusan kerajaan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup, khususnya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah serta individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), penerima boleh menyemak status kelayakan, maklumat bayaran serta fasa pembayaran yang ditetapkan melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).STR disalurkan dalam bentuk bantuan tunai secara berperingkat mengikut kategori penerima, dengan jumlah bayaran bergantung kepada pendapatan isi rumah, status perkahwinan serta bilangan tanggungan.Semakan status kelayakan SARA dan STR bagi 2026 boleh dibuat bermula Khamis.Sementara itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih pula bertujuan membantu penerima mendapatkan keperluan asas harian seperti barangan makanan dan keperluan dapur terpilih. Bantuan tanpa tunai ini boleh digunakan di pasar raya serta kedai runcit yang mengambil bahagian.Penerima yang layak akan menerima bantuan secara bulanan dan boleh menggunakannya bagi pembelian barangan asas tertentu menggunakan sistem MyKasih yang telah ditetapkan.SARA bulanan RM100 boleh digunakan bermula Jumaat kepada isi rumah dan warga emas yang layak, manakala bagi individu bujang ia bpleh digunakan bermula 16 Januari.Manakala, SARA untuk semua rakyat Malaysia (One-off) berumur 18 tahun dan ke atas boleh digunakan bermula 9 Februari depan.Kaedah Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)- Layari laman web rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/- Klik menu log masuk atau semakan status- Masukkan nombor MyKad - Kata laluan (seperti yang didaftarkan sebelum ini)- Jika terlupa kata laluan klik 'terlupa kata laluan'- Ikut arahan pengesahan - Setelah berjaya log masuk, paparan akan menunjukkan:- Status kelayakan STR- Fasa pembayaran- Jumlah bayaranKaedah Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA – MyKasih)- Layari laman web rasmi MyKasih- https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus- Masukkan: Nombor MyKad penerima- Klik butang semak status- Status yang akan dipaparkan termasuk layak atau tidak layak- Jumlah bantuan bulanan- Tempoh bantuan- Kaedah penggunaan (kedai/pasar raya terlibat)