MENGHADIRI majlis perkahwinan bukan sekadar memenuhi undangan, sebaliknya turut menuntut setiap tetamu menjaga adab serta menghormati pengantin dan tuan rumah.Berbanding wanita, golongan lelaki dilihat kurang cakna terutama sekali dari sudut pemakaian ketika bertandang ke rumah kenduri. Untuk lelaki, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian agar kehadiran bukan sekadar memenuhi undangan tetapi juga menghormati majlis.1. PakaianPilih baju yang kemas dan berkolar, elakkan pakai jersi atau pakaian santai kerana ia lebih sesuai dipakai di rumah sahaja. Sekiranya kad jemputan menetapkan tema warna atau 'dress code', cuba ikut kerana ia menunjukkan tanda hormat. Kasut pula perlu sesuai dengan pakaian; selipar rumah mungkin tidak sesuai, tetapi baju Melayu dengan capal tetap kelihatan kemas dan beradab.Memakai mengikut tema dan mengesahkan kehadiran antara adab ketika memenuhi undangan perkahwinan. -Gambar hiasan AI2. AdabKetika mengambil makanan, beratur dengan tertib dan beri keutamaan kepada kaum wanita jika anda datang bersama isteri atau ibu.Makan dengan sopan, jangan berebut lauk atau terbalikkan hidangan di tengah meja.Sambil menikmati hidangan, elakkan bercakap terlalu lama dengan orang yang tidak dikenali. Perbualan ringan tidak salah, tetapi elakkan topik sensitif atau sukan jika anda tidak pasti pendapat orang lain, supaya suasana tetap harmoni. Selepas makan, beri peluang orang lain menggunakan tempat duduk anda, ambil beberapa keping gambar dengan pengantin dan salam pengantin sebelum pulang.3. SumbanganAdat memberi salam keruk juga penting dan jika mahu memberi sumbangan, lipat siap-siap dalam sampul dan serahkan kepada pengantin atau tuan rumah semasa bersalaman untuk balik. Elakkan memberi sumbangan ketika baru sampai dan niatkan pemberian tersebut sebagai sedekah.Jika wang kertas terlalu besar nilainya, tukarkan sebelum ke majlis dan jangan sesekali minta pulangan baki daripada tuan rumah.4. Sahkan kehadiranJika tuan rumah ada sediakan pengesahan kehadiran (RSVP), pastikan anda sudah mengesahkan kehadiran agar tuan rumah dapat menganggar jumlah jemputan dengan tepat. Elakkan buat 'drama' jika nama anda tidak tersenarai, kerana tujuan RSVP adalah untuk memudahkan pengurusan majlis.