Pendekatan Maduro (topi merah), memperkukuh hubungan dengan Rusia, China dan Iran tidak disenangi AS. -Foto The New York Times
KONFLIK antara Venezuela dan Amerika Syarikat (AS) sebenarnya bukan hanya tentang demokrasi atau dadah, walaupun perkara itu yang sering disebut-sebut Washington. Dari sudut Caracas, ia lebih kepada mempertahankan kedaulatan negara, sumber asli, dan hak menentukan ekonomi sendiri tanpa campur tangan asing. Venezuela mempunyai rizab minyak terbesar dunia, terutamanya di Jalur Orinoco dan sumber minyak bagi mereka bukan sekadar komoditi ia adalah tunjang kemerdekaan politik dan ekonomi.Di bawah presiden ke-54 negara itu, Hugo Chavez dan Nicolas Maduro (presiden terkini), kerajaan mengetatkan kawalan ke atas sektor tenaga melalui syarikat minyak nasional PDVSA, dan mengehadkan pengaruh syarikat Barat. Venezuela melihat sekatan AS sebagai cubaan melumpuhkan negara dan merampas minyak mereka. -Foto AFPLangkah ini dipromosikan sebagai usaha membetulkan eksploitasi masa lalu tapi bagi AS, ia dilihat mengancam kepentingan strategik mereka.Sekatan vs Perang EkonomiSelepas 2013, AS mula mengenakan sekatan ekonomi secara berperingkat, termasuk ke atas minyak pada 2017. AS memaklumkan tujuan sekatan itu untuk memaksa perubahan politik, tapi Venezuela nampak ia sebagai perang ekonomi dengan cubaan melumpuhkan negara dan merampas minyak mereka.Walaupun ekonomi jatuh, bekalan barang terhad dan inflasi melampau, Venezuela terus menguatkan eksport minyak, kali ini ke China, Rusia, India dan Turkiye dengan strategi itu membuatkan mereka kurang bergantung kepada AS.Tekanan berterusan menyebabkan Venezuela memperkukuh hubungan dengan Rusia, China dan Iran. Bagi Caracas, ia langkah defensif untuk mendapatkan sokongan, teknologi dan kewangan tetapi bagi AS, sebuah negara sosialis kaya minyak yang rapat dengan musuh strategik di hemisfera Barat adalah ancaman keselamatan.Dakwaan Jenayah dan Langkah KetenteraanPada 2020, AS mendakwa Maduro terlibat dalam narco-terrorism namun, Caracas berkata ia sandiwara politik.AS menggunakan ia sebagai naratif jenayah untuk mengaitkan minyak Venezuela dengan penindasan, dadah dan pakatan bermusuhan.Apabila Donald Trump kembali ke White House, sekatan itu dirasakan tidak mencukupi dan tindakan ketenteraan, operasi laut serta perisikan mula diperhebatkan.Serangan pada Sabtu lalu dan dakwaan bahawa Maduro ditangkap, bersama kenyataan syarikat minyak AS akan terlibat jelas menunjukkan minyak adalah taruhan sebenar.Bagi Venezuela, konflik itu memang dijangka selepas mereka menguasai minyak, menolak dominasi AS, dan memilih pakatan alternatif.