suria

Jangan panik jika kena caj automatik... Ini panduan batalkan langganan, tuntut ‘refund’ buat pengguna iPhone

Sesiapa sahaja akan tertekan apabila dikenakan caj secara automatik apabila mencuba aplikasi di telefon pintar. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki tampil menjadi penyelamat kepada beberapa individu apabila berjaya mendapatkan semula bayaran langganan aplikasi yang dikenakan secara tidak sengaja.

Dia berkongsi langkah-langkah mudah untuk memohon refund serta membatalkan langganan, sekali gus membantu pengguna lain yang berdepan situasi sama.

Katanya, langkah tersebut khusus kepada pengguna iPhone yang dikenakan caj automatik oleh Apple.

Terdapat kaedah bagi mendapatkan semula bayaran yang dikenakan secara automatik. -Gambar hiasan AITerdapat kaedah bagi mendapatkan semula bayaran yang dikenakan secara automatik. -Gambar hiasan AI

Cara mohon refund langganan Apple:

- Settings

- Tekan nama iCloud

- Pilih Media & Purchases

- Tekan View Account

- Pilih Purchase History

- Tekan item yang ingin dibuat refund

- Pilih Request Refund

- Safari akan dibuka, tekan Request a Refund – I did not intend to renew a Subscription

- Tekan Submit

Menurutnya, jika tiada pilihan Request Refund, pengguna boleh memilih Report a Problem sebagai alternatif.

Cara batalkan langganan:

- Settings

- Tekan nama iCloud

- Pilih Subscription

- Tekan aplikasi yang ingin dibatalkan

- Pilih Cancel Subscription

Tambahnya, satu tip penting untuk pengguna iPhone ialah terus membatalkan langganan sebaik sahaja mendaftar free trial, kerana Apple tidak akan mengenakan caj automatik selepas tempoh percubaan tamat.

“Walaupun dah cancel awal, free trial masih boleh digunakan sampai tarikh luput,” jelasnya.

Kaedah itu mendapat reaksi positif netizen yang mengakui perkongsian tersebut sangat membantu dan ada sebahagian berkongsi kejayaan mendapatkan semula tuntutan mereka.

Artikel Lain