RAMAI mungkin tidak pernah mendengar tentang teknologi Tyron, iaitu sistem keselamatan yang memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan pesakit dan petugas perubatan terlindung ketika ambulans bergerak.Menurut Facebook Penolong Pegawai Perubatan (PPP), ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering berdepan risiko tayar pecah ketika membawa pesakit kritikal atau menuju ke lokasi kecemasan. Keadaan itu boleh mengundang kemalangan serius sekiranya tidak dikawal dengan baik."Tyron bukanlah sejenis tayar, sebaliknya ia merupakan gelung keluli (runflat safety band) yang dipasang di dalam rim tayar."Fungsinya adalah mengisi ruang lembah pada rim bagi mengelakkan tayar daripada tertanggal sepenuhnya apabila pancit atau pecah," katanya.Tyron bukanlah sejenis tayar, sebaliknya ia merupakan gelung keluli yang dipasang di dalam rim tayar. -Gambar Facebook Penolong Pegawai PerubatanJelas PPP tanpa sistem Tyron, tayar yang pecah boleh menyebabkan rim bergesel terus dengan permukaan jalan, sekali gus mengakibatkan pemandu hilang kawalan stereng dan kenderaan berisiko terbabas atau terbalik.Namun dengan adanya Tyron, tayar akan kekal pada rim walaupun kehilangan angin sepenuhnya, membolehkan pemandu mengekalkan kawalan stereng dan brek untuk bergerak ke lokasi selamat."Teknologi ini memberi kelebihan besar kepada pemandu ambulans untuk meneruskan pemanduan sejauh beberapa kilometer ke kawasan selamat."Selain itu ia dapat mengelakkan kemalangan ngeri di lebuh raya sesak dan memastikan rawatan pesakit tidak terganggu akibat kemalangan ambulans," katanya.PPP Malaysia menegaskan bahawa ambulans merupakan kenderaan berat yang membawa peralatan perubatan sensitif, tong oksigen serta nyawa manusia. Justeru, kestabilan kenderaan adalah aspek kritikal dan teknologi Tyron dilihat sebagai satu pelaburan keselamatan jangka panjang.