PENYANYI kumpulan 2NE1, Park Bom tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam bagi menutup isu penyalahgunaan dadah membabitkan rakan sekumpulan, Sandara Park.Menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik, Park Bom, 42, mengakui dia mengambil masa lama untuk menceritakan perkara sebenar kerana risau akan keadaan kesihatannya. “Saya menulis kerana mahu berkongsi kebenaran. Saya tidak sakit dan sedang berusaha menjalani kehidupan dengan baik. Tetapi saya ingin bercakap tentang sesuatu yang sensitif dan menakutkan.Luahan Park Bom menerima pelbagai reaksi banyak pihak. “Saya berhati-hati kerana bimbang ia mencetuskan kekecohan, namun ubat dikenali sebagai Adderall yang dilabel sebagai dadah psikotropik itu terus menghantui fikiran saya,” tulisnya.Sebelum ini, Park Bom pernah terpalit kontroversi apabila dituduh menyalahgunakan Adderall yang diklasifikasikan sebagai bahan terkawal di Korea Selatan.Bagaimanapun, penyanyi itu menegaskan dia merupakan pesakit Attention Deficit Disorder (ADD) dan ubat berkenaan diambil atas tujuan rawatan.“Ia bukan dadah. Saya pesakit ADD. Sandara Park ditangkap atas penyalahgunaan dadah dan untuk menutup perkara itu, mereka menukar ubat saya menjadi satu skandal dadah melibatkan saya.ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom buat hal lagi, dakwa YG Entertainment seleweng RM15.75 trilion... Peminat semakin risau tahap kesihatan mentalARTIKEL BERKAITAN: Park Bom alami gangguan emosi, sedang dipujuk untuk dapatkan rawatan“Ketika itu, tiada sistem atau undang-undang khusus mengenai Adderall di negara ini, tetapi peliknya selepas kes Park Bom, satu undang-undang diwujudkan,” dakwanya.Dalam pada itu, Park Bom turut merayu agar orang ramai meneliti fakta sebenar dan tidak terus membuat andaian terhadapnya.Malah dia secara terbuka meminta pihak pengurusan lamanya termasuk YG Entertainment, Yang Hyun Suk, Teddy Park serta Lee Chaerin (CL) supaya tidak membuat laporan kononnya dia mengambil ubat melebihi dos ditetapkan.Park Bom tidak mahu kontroversi itu merosakkan reputasinya. “Saya takut jika isu ini timbul lagi, ia akan menjadi jalan singkat untuk merosakkan reputasi saya. Ketika itu saya rasa seperti mati.“Saya menulis ini kerana jiwa saya terasa seperti sedang menangis,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube