suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan tengok ansuran bulanan sahaja... Graduan baru kerja kena tahu kos sebenar sebelum beli kereta

graduan beli kereta, tip beli kereta baru, The Futurizts, kawal perbelanjaan bulanan

PLATFORM pendidikan kewangan tempatan, The Futurizts mengingatkan golongan graduan baharu supaya tidak terlalu ghairah untuk memiliki kenderaan sendiri di luar kemampuan poket sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan.

Pandangan realistik itu dikongsikan susulan tularnya persoalan daripada seorang pengguna media sosial mengenai keberanian luar biasa sesetengah graduan menanggung bayaran bulanan melebihi RM700.

Menurut The Futurizts, pembeli kereta perlu melihat bukan sahaja jumlah ansuran bulanan, malah mengambil kira kos pemilikan lain seperti penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan.

Individu yang baru bekerja disaran membeli kereta mengikut kemampuan. -Gambar hiasan AI

Individu yang baru bekerja disaran membeli kereta mengikut kemampuan. -Gambar hiasan AI

Platform itu turut berkongsi anggaran bayaran bulanan bagi 10 model kenderaan popular di Malaysia berdasarkan andaian bayaran pendahuluan 10 peratus, kadar pembiayaan 3.5 peratus dan tempoh pinjaman tujuh tahun.

Antaranya ialah:

  • Bezza – RM587 sebulan
  • Saga – RM600 sebulan
  • Axia – RM587 sebulan
  • Myvi – RM732 sebulan
  • Alza – RM907 sebulan
  • X50 – RM1,358 sebulan
  • eMAS – RM758 sebulan
  • S70 – RM998 sebulan
  • Traz – RM1,082 sebulan
  • City – RM1,199 sebulan

Bagaimanapun, The Futurizts menegaskan bahawa angka tersebut hanyalah komitmen pinjaman semata-mata dan tidak menggambarkan kos sebenar yang perlu ditanggung pemilik.

"Apabila beli kereta, jangan tengok ansuran bulanan sahaja. Ada lagi kos servis, insurans, cukai jalan dan perbelanjaan lain yang perlu diambil kira," katanya.

Bagi memastikan kewangan kekal sihat, The Futurizts mencadangkan agar jumlah komitmen kereta dianggarkan dua kali ganda daripada ansuran bulanan untuk mengambil kira semua kos berkaitan.

Sebagai contoh, jika ansuran kereta ialah RM700 sebulan, pemilik seharusnya menganggap kos sebenar pemilikan boleh mencecah sekitar RM1,400 sebulan selepas dicampur perbelanjaan lain.

Platform itu turut mencadangkan agar jumlah tersebut tidak melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan bagi mengelakkan tekanan kewangan pada masa hadapan.

Artikel Lain