suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buku mewarna Frozen jadi penyesalan, belasan tahun cikgu simpan hadiah permintaan murid - “Dia hilang, tak dapat dihubungi”

Seorang guru pasti banyak menyimpan kenangan sepanjang tempoh bergelar pendidik. -Gambar hiasan AI

SETIAP keputusan kadangkala boleh meninggalkan rasa penyesalan yang berpanjangan.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang guru wanita apabila dia teringat kembali kenangan bersama bekas anak muridnya yang pernah meminta hadiah sebuah buku mewarna, namun tidak sempat diberikan sebelum kanak-kanak itu hilang daripada radar.

Menurut guru tersebut, dia sebenarnya sudah membelikan buku mewarna yang diminta murid perempuan itu, tetapi menangguhkan pemberian.

Banyak kenangan yang dipendam guru. -Gambar hiasan AI

Banyak kenangan yang dipendam guru. -Gambar hiasan AI

"Paling menyesal apabila murid saya minta nak hadiah buku mewarna, tapi saya tangguh nak bagi esoknya. Padahal saya dah sediakan pun untuk dia.

"Saya kata... esoklah cikgu bagi, awak siapkan dulu kerja. Tapi esoknya dia terus tak datang," kongsi guru tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahan murid tak siap kerja waktu rehat, guru ditengking ibu bapa seawal 7 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Guru digertak, mak WhatsApp hantar kad peguam lepas diberitahu anak kaki ponteng bakal dapat surat amaran!

Jelasnya, murid itu tidak hadir ke sekolah pada hari berikutnya kerana berdepan masalah keluarga.

"Dia ada masalah keluarga. Memang dia terus hilang, tak dapat dihubungi. Difahamkan, mak dia lari bawa anak-anak sebab gaduh dengan nenek dia," katanya.

Mengimbas kembali tempoh masa yang telah berlalu, guru itu menganggarkan bekas anak muridnya itu kini mungkin sudah mencecah usia 18 tahun.

"Saya masih simpan lagi buku mewarna kartun Frozen tu. Itulah perkara yang paling saya menyesal," katanya.

  • Guru terkilan tangguh beri hadiah buku mewarna kepada murid.
  • Bekas murid tidak kembali ke sekolah akibat masalah keluarga.
  • Buku mewarna Frozen masih disimpan sebagai kenangan.
  • Guru tidak dapat menghubungi bekas murid yang kini dianggarkan berusia 18 tahun.
  • Netizen berharap guru itu dapat bertemu semula dengan bekas muridnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui kisah guru tersebut amat menyentuh hati mereka.

"Terima kasih kongsi cerita, satu benda yang saya belajar apa pun bentuk kebaikan yang kita nak buat, jangan tangguh takut ralat di kemudian hari.

"Harap pada usia dia dah mencecah 18 tahun, dia dapat bertemu cikgu semula," komen warga maya.

Artikel Lain