TUGAS mendidik dan membentuk disiplin anak-anak tidak seharusnya diletakkan di atas bahu pihak sekolah semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama rapat daripada ibu bapa.Seorang guru wanita berkongsi pengalaman berdepan cabaran mengendalikan pelajar tingkatan satu yang kerap ponteng sekolah. Menurut guru itu, selepas pelajar berkenaan kembali ke sekolah, pihaknya akan meminta surat cuti sakit (MC), namun pelajar terbabit gagal mengemukakannya.Motosikal kadang-kala menjadi punca permasalahan pelajar sekolah. -Gambar hiasan AI"Teringat kes tahun lepas, pelajar ni kerap ponteng. Apabila minta MC atau surat kenyataan daripada waris dia cakap tiada. Jadi saya WhatsApp ibunya dan beritahu akan keluarkan surat amaran pertama.“Kemudian pukul 3 pagi, 5 pagi dia telefon berkali-kali. Lepas itu dia WhatsApp hantar gambar menunjukkan kad peguam miliknya. Siap cerita dia pernah kendalikan kes pergaduhan dan menang kes. Saya cuma balas dan nyatakan ia tiada kaitan dengan saya,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Malu mak hantar, anak Tingkatan 3 mogok tak mahu belajar! Suruh beli YSuku kalau nak suruh sekolahARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan terima gangguan seksual di sekolah, keluarga terkilan respons acuh tak acuh guru - “Biasalah budak-budak tengah membesar”Meskipun cuba digertak, guru berkenaan tetap bertegas dan meneruskan tindakan mengeluarkan surat amaran rasmi pada pukul 9 pagi hari yang sama.“Saya hantar surat amaran dengan kapsyen... Salam puan, ini surat amaran pertama ketidakhadiran anak puan. Saya rasa sebagai peguam yang berpengalaman puan lebih tahu peraturan.“Dia cuma seen sahaja,” katanya.Namun, kedegilan pelajar terbabit berlanjutan apabila dia sekali lagi tidak hadir ke sekolah pada keesokan harinya.“Saya WhatsApp lagi dan beritahu anaknya tak hadir. Dia balas panjang lebar dan beritahu dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menguruskan keadaan anaknya yang memang tidak mahu bangun pagi.“Saya tanya soalan yang sebenarnya saya sudah tahu jawapannya. Ada motor ke? Sedangkan saya dah tahu anaknya diberi motosikal dan hampir setiap malam anaknya melepak sampai pukul 3 pagi. "Dia mengaku bagi motosikal. Saya cuma balas saya rasa itu penyebab anak dia tak nak datang sekolah," katanya.Guru wanita berkongsi pengalaman berdepan pelajar Tingkatan Satu yang kerap ponteng.Ibu pelajar menghubungi guru pada awal pagi selepas surat amaran dikeluarkan.Ibu berkenaan turut menghantar kad peguam kepada guru terbabit.Guru mendakwa pelajar diberikan motosikal dan kerap melepak hingga awal pagi.Netizen menyifatkan sikap terlalu berlembut ibu bapa antara punca anak bermasalah.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, ibu pelajar terbabit akhirnya mengakui perkara berkenaan, namun masih berkeras mahu bercakap dengan pihak pentadbir.“Malah, dia suruh pentadbir pergi kejut anak dia di rumah, dalam bilik.“Memang tak ada yang layan. Sebab itu rumah dan tugas serta tanggungjawab di rumah bukan tugas guru,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan ibu bapa terlalu berlembut dengan anak-anak menjadi punca permasalahan berkenaan."Jenis anak tak takut dengan mak jadi macam ni la. "Jenis mak yang suka berlembut, takut anak merentan, junjung anak atas kepala," komen warga maya.