ISU gangguan seksual bukan sahaja membabitkan golongan dewasa malah turut berleluasa dalam kalangan pelajar di sekolah.Seorang wanita meluahkan rasa bimbang selepas adik perempuannya berdepan gangguan seksual daripada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh. Dakwanya, remaja lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata tidak senonoh mengenai fizikal adiknya sehingga membuatkan dia berasa terancam."Budak lelaki itu cakap dia suka adik saya sebab dia putih, cantik selain mengeluarkan komen tidak senonoh mengenai bentuk badannya.Ibu bapa dan guru perlu mengambil perhatian setiap aduan yang dibuat. -Gambar hiasan AI"Bayangkan umur 13 tahun sudah boleh cakap perkara macam itu malah mengeluarkan kata-kata berunsurkan seksual yang melampau," katanya.Lebih membimbangkan, wanita itu mendakwa pelajar terbabit pernah cuba mendekati adiknya secara fizikal ketika mereka terserempak di koperasi sekolah.Katanya, pelajar tersebut cuba merapatkan tubuhnya dengan niat menyentuh badan adiknya namun beg yang disandang remaja perempuan itu menjadi penghalang."Nasib baik masa itu ada beg, jadi badah mereka tidak bersentuhan. Budak lelaki itu juga pernah bercakap dengan kawan-kawannya mengenai bentuk badan adik saya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamatARTIKEL BERKAITAN: Murid Tahun Satu kerap ponteng sekolah, bapa bagi alasan anak demam... Air mata guru gugur dapat tahu punca sebenar!Wanita itu berkata, ibunya sebelum ini pernah membuat aduan kepada guru yang bertanggungjawab menjaga pelajar susulan satu lagi kejadian membabitkan pelajar lelaki sama.Dalam kejadian tersebut, pelajar terbabit didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur seksual selepas melihat seorang pelajar sedang menikmati aiskrim."Mak saya pernah laporkan kepada cikgu yang menjaga budak-budak, tetapi apa yang mak dapat cuma respon 'biasalah budak-budak tengah membesar'."Saya betul-betul tak boleh terima sebab budak lelaki itu baru berumur 13 tahun," katanya.Remaja 13 tahun didakwa diganggu pelajar lelaki.Pelajar terbabit didakwa mengeluarkan komen seksual.Dia turut didakwa cuba merapatkan badan mangsa.Ibu mangsa pernah mengadu kepada guru.Mangsa kini sukar fokus terhadap pelajaran.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, kejadian tersebut turut memberi kesan kepada adiknya sehingga remaja berkenaan kini sukar memberikan tumpuan terhadap pelajaran.Dia turut menegaskan pakaian seseorang tidak sepatutnya dijadikan alasan apabila berlaku gangguan seksual."Adik saya pakai tudung tutup dada, baju longgar, sarung lengan dan stokin ketika di sekolah, tetapi masih kena ganggu."Sekarang bukan sekadar perlu melindungi anak perempuan, tetapi anak lelaki juga perlu dididik supaya tahu batas," katanya.