Wanita yang mempunyai masalah kesihatan berisiko tinggi dinasihatkan supaya tidak hamil. -Gambar hiasan AI
BELUM setahun melayari perkahwinan, seorang wanita terkejut saat suaminya meluahkan hasrat berpoligami.Sebagai isteri, perkara itu cukup menyakitkan hati namun dia terpaksa akur dengan keputusan suami. Jelasnya, dia tidak mampu memberikan zuriat memandangkan dia menghidap penyakit jantung dan dinasihatkan untuk tidak hamil.Setiap isteri pasti kecewa apabila mengetahui diri tidak dapat memberikan zuriat pada pasangan. -Gambar hiasan AI"Terduduk saya hari ini! Satu per satu saya dengar ayat keluar dari mulut orang yang saya sayang, hormat, sanjung dan banggakan."Saya nak carikan isteri untuk dia sebab saya tak boleh bagi dia anak," luahnya menerusi hantaran di Threads.Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan dia lebih rela dimadukan kerana tidak sanggup ditinggalkan suami.Seorang wanita terkejut apabila suaminya membangkitkan soal poligami walaupun perkahwinan mereka belum genap setahun.Wanita itu berkata, masalah jantung yang dihidapinya sejak kecil menyebabkan dia dinasihatkan supaya tidak hamil.Walaupun tidak sanggup bermadu, dia mempertimbangkan untuk mencarikan isteri lain buat suami kerana tidak mampu memberikan zuriat.Dia mengaku takut ditinggalkan kerana hidup sebatang kara dan menganggap suaminya sebagai tempat bergantung. Menurutnya, suami berkata dia terpaksa melepaskannya jika dia tidak menerima poligami.Luahannya mengundang simpati warga maya, namun ada juga yang mempersoalkan tindakan suami membangkitkan soal poligami dan perceraian ketika perkahwinan mereka masih baharu.Ringkasan ini dijana oleh AIJelasnya, suami adalah segala-galanya apatah lagi kini dia sebatang kara disebabkan keluarganya yang berpecah-belah."Saya jadikan dia rumah. Saya sayang dia dan dia cakap nak selamatkan rumah tangga kami."Tapi kalau saya tak terima bermadu, dia terpaksa lepaskan saya," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalamARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu jadi jutawan nak poligami... Lelaki ini buktikan boleh bina ‘tiga masjid’ hanya bermodal nafkah batinHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan menitipkan kata-kata nasihat untuk dia bersabar."Sebelum berkahwin dia tak tahu ke masalah kesihatan awak? Berkahwin untuk dapatkan anak sahaja?"Belum poligami dah ugut ceraikan isteri, nanti dah berkahwin tak tahulah jadi macam mana," demikian reaksi netizen.