suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video ‘birthday’ dirakam staf perempuan buat kekasih curiga, wanita sedih teman lelaki ‘guilt trip’ lepas luah isi hati

Perasaan cemburu dalam hubungan perlu ada batas supaya tidak menimbulkan salah faham antara pasangan. -Gambar hiasan AI

SAMBUTAN hari jadi teman lelaki bersama rakan sekerja mengundang rasa kurang senang seorang wanita selepas kekasihnya memuat naik video majlis berkenaan di media sosial.

Menurutnya, dia berasa kurang senang selepas terdengar suara seorang wanita yang turut merakamkan video berkenaan.

"Teman lelaki saya sambut hari jadi. Kawan sekerja kekasih saya yang perempuan tolong rakamkan video tersebut. Rakan-rakan sekerja yang lain juga ada dalam video berkenaan.

Komunikasi secara terbuka penting bagi mengelakkan salah faham dan membantu pasangan memahami perasaan masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu boyfriend saya post video tersebut. Ada suara perempuan lain dalam video itu. Rupa-rupanya kawan sekerja dia yang rakam video tersebut," ceritanya.

Dia kemudian menegur kekasihnya mengenai perkara tersebut namun respon lelaki berkenaan membuatkan hatinya bertambah sakit.

"Saya tidak tahu sama ada ini cuma perasaan kurang senang saya semata-mata. Tapi bila tegur dan luahkan benda ini, dia marah.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbual dalam telefon tengah malam, suami cemburu buta jerut leher isteri hingga maut

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa mak ayah aku tak bagi?” - Gadis cemburu tengok kawan dapat kereta dan tanah lot, tak perlu kerja keras untuk hidup mewah

"Teman lelaki saya sampai cakap dia terasa dengan saya. Dia minta saya berikan dia ruang lepas apa yang jadi," katanya.

Wanita itu memberitahu dia tidak faham mengapa teman lelakinya marah dengan luahannya kerana merasakan perkara itu tidak normal.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang melihat ia perkara biasa dan tiada apa yang pelik dengan isu dibangkitkan wanita tersebut.

  • Teman lelaki sambut hari jadi bersama rakan sekerja.
  • Video sambutan dirakam staf wanita.
  • Kekasih mula rasa kurang selesa.
  • Teguran wanita buat lelaki itu terasa.
  • Netizen anggap perkara itu biasa.

“Normal je. Sebab macam raikan dengan ramai-ramai rakan sekerja, tambah pula hari jadi dia, memang pasti la bukan dia yang akan rakam.

"Biasa la kalau ada kawan kerja yang lain. Kenapa perempuan tu yang rakam? Mungkin sebab dia pandai ambil gambar atau video. Orang harapan bila ada event.

"Lebih baik kalau perempuan tu yang rekod. Kalau orang lain, perempuan itu duduk dekat kekasih awak, itu lagi bahaya," komen beberapa netizen.

Artikel Lain