suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kenapa saya tak tolong dia?“ - Anak menangis sidai baju selepas ibu meninggal, teringat rutin arwah setiap pagi

Kasih dan pengorbanan seorang ibu sering hanya benar-benar dirasai selepas dia tiada. -Gambar hiasan AI

PENGORBANAN seorang bergelar ibu sering dianggap biasa, namun setiap rutin kecil boleh menjadi kenangan paling dirindui selepas mereka sudah tiada. 

Itulah dirasai seorang pemuda selepas kehilangan ibunya yang meninggal dunia sehari selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kisah tersebut dikongsikan seorang wanita yang merupakan jiran kepada keluarga berkenaan di media sosial selepas tersentuh melihat satu kejadian berlaku di hadapan matanya.

Menurutnya, dia terserempak dengan anak lelaki arwah sedang menyidai pakaian sambil menangis ketika mahu ke tempat kerja pada suatu pagi.

Perkara kecil yang dilakukan seorang ibu setiap hari hanya terasa nilainya selepas dia sudah tiada. -Gambar hiasan AI

"Sebelum pergi ke tempat kerja, saya terserempak dengan anak lelaki jiran saya yang berusia 18 hingga 19 tahun. Dia tengah sidai baju.

"Tapi dia buat kerja sambil menangis. Saya bimbang tengok dia, jadi saya tanya ada benda tak kena ke? Dia pun menangis dekat saya.

"Dia cakap kesiannya mak saya kak. Dia sakit dulu, setiap hari dia bangun awal pagi nak sidai baju kami macam saya buat sekarang ini. Kenapa saya tak tolong dia. Mesti dia penat," ceritanya.

Wanita itu berkata dia cuba menenangkan pemuda berkenaan selama beberapa minit sebelum masuk ke dalam kereta untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun pemuda ini tak jejak kampung halaman, jiwa ‘bersemadi’ bersama arwah ibu - “Bukan tak reda, cuma rindu”

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu terhadap arwah ibu tiada penghujung, Zarina Zainuddin pesan jangan berdendam dengan orang tua

Namun, sebaik berada di dalam kereta, dia sendiri tidak dapat menahan sebak lalu menangis mengenangkan luahan pemuda tersebut.

"Saya tahan sebak sambil pujuk dia sekejap. Lepas masuk kereta saya menangis. Bayangkan betapa gembira seorang ibu kalau anak tolong dia tanpa meminta.

"Ibu kamu tak perlukan dia. Kamu tolong buat kerja rumah, cakap elok-elok dengan dia, pun dia dah bersyukur. Hargailah ibu bapa kamu sementara masih ada," ujarnya lagi.

  • Anak lelaki menangis ketika menyidai pakaian selepas kehilangan ibu.
  • Arwah ibu sebelum ini tidak pernah culas menguruskan pakaian anak-anak.
  • Penyesalan datang selepas ibu pergi buat selama-lamanya.
  • Kisah itu mengundang sebak dan simpati netizen.
  • Hargai pengorbanan ibu bapa sementara mereka masih ada.

Kisah berkenaan turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan pemuda tersebut serta berkongsi cerita sendiri menjadi seorang ibu.

"Sebab itu sebelum kita pergi, jadi 'singa' dulu. Perempuan baik, tak marah anak dan suami tapi dia pendam. Lama-lama sakit itu makan diri dan bermulalah penyakit lain yang datang.

"Bergenang air mata membaca perkongsian ini. Penyesalan anak yang ditinggalkan ibu memang sangat menyakitkan.

"Semoga Allah ampunkan arwah ibunya, lapangkan kuburnya dan beri kekuatan serta kedamaian jiwa buat anak tersebut," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain