suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sikap berkira kakak ipar buat wanita meluat, mulut pula tak henti sindir orang! Pilih jauhkan diri sebelum bertukar ‘perang’

Suami isteri perlu memilih tempat lebih privasi untuk berbincang isu peribadi. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita memilih menjauhkan diri daripada abang dan kakak iparnya kerana bimbang suatu hari nanti akan bersikap biadab terhadap mereka.

Jelasnya, dia tidak selesa dengan sikap kakak iparnya yang kedekut dan berkira setiap kali mereka keluar bersama.

Malah katanya, sindirian mengenai perbelanjaan yang dikeluarkan seolah-olah tidak ikhlas.

Elakkan menyentuh isu sensitif di tempat awam sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. -Gambar hiasan AI

"Setiap kali saya makan dengan abang dan isterinya di kedai makan, wife dia selalu cakap mahal. Harga RM100 pun cakap mahal.

"Saya faham kalau nak ambil kira perbelanjaan harian tetapi perlu ke berkira depan orang? Kadang-kadang sampai saya rasa macam dia nak saya bayar balik," katanya.

Terasa hati dengan sikap ditunjukkan, dia cuba mengelak daripada keluar bersama keluarga abangnya kerana enggan terluka dengan sikap dan kata-kata pedas kakak iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan ramai-ramai... perempuan bayar bil kira sampai ‘sen terakhir’, lelaki lebih relaks tak kisah lebih kurang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras belanja keluarga makan walau tinggal RM300, siap beli mainan untuk adik ipar! Isteri serba salah duit berbaki RM40 - “Doakan rezeki dia ya”

"Saya ada juga belanja mereka makan di luar dan tak pernah berkira pun! Kalau nak apa-apa, order saja. 

"Saya tak suka sikap kakak ipar yang bagi saya macam tak pandai baca keadaan. Abang saya bukan orang susah, kereta besar walaupun isteri dia suri rumah," jelasnya lagi.

Wanita itu berkata, ada masanya dia memilih untuk makan di kedai lain jika keluar bersama abang dan kakak iparnya kerana tidak mahu memendam perasaan.

  • Wanita pilih menjauh selepas tidak selesa kakak ipar sering berkira soal harga makanan.
  • Setiap kali makan bersama, kakak ipar didakwa kerap mengeluh makanan mahal.
  • Harga hidangan RM100 pun dikatakan menjadi bahan rungutan kakak ipar.
  • Wanita mengaku tidak pernah berkira ketika belanja abang dan kakak ipar makan.
  • Enggan terus makan hati, wanita kini memilih untuk menjaga jarak daripada mereka.

Menurutnya lagi, dia kini lebih tenang apabila menjauhkan diri daripada abang dan kakak iparnya selain hatinya tidak terluka dengan sikap mereka.

"Saya tak ikut kalau tak diajak. Saya tak minta kalau tidak ditawarkan. Banyak benda buat saya terasa hati dengan isterinya.

"Bagi saya kalau orang cakap cari yang sekufu dari segi pemikiran itu betul," ujarnya.

Artikel Lain