suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia sengaja nak sakitkan hati” - Suami tunjuk perangai sebenar di mahkamah, enggan cerai isteri jika tak dapat hadanah

Konflik rumah tangga sering berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan AI

PROSES perceraian yang berlarutan sering kali bertukar menjadi 'perang emosi' yang cukup menyulitkan apabila pasangan enggan bertolak ansur berkaitan isu anak serta pembahagian harta.

Situasi itu dilalui seorang wanita yang mendakwa suaminya masih enggan melafazkan cerai meskipun dia sudah memfailkan permohonan di mahkamah sejak Mac lalu.

Lebih mencabar kesabaran, wanita itu mendedahkan suaminya secara tiba-tiba mengemukakan sebuah 'dokumen perjanjian' yang mengandungi pelbagai syarat berat sebelah.

Ia termasuk perjanjian berkaitan hak penjagaan anak, kereta, dan rumah sekiranya dia mahu dilepaskan.

"Dia tak tolak apabila saya failkan ke mahkamah. Dah naik mahkamah beberapa kali tapi suami tetap enggan lafazkan cerai," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Perselisihan faham sering menjadi punca penceraian. -Gambar hiasan

Perselisihan faham sering menjadi punca penceraian. -Gambar hiasan

Situasi yang berlaku itu membuatkan dia dan pasangan bertindak melantik peguam dan menjalani sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Julai lalu. 

Namun katanya, keputusan tersebut hanya akan diketahui pada sebutan kes seterusnya iaitu awal Oktober ini.

Meskipun melihat ia sebagai perkembangan positif, namun pengadu masih meluahkan kebimbangan jika suaminya tetap enggan menceraikannya

"Suami tak mahu ceraikan saya tapi dia ada bagi dokumen persetujuan kalau saya nak dia lepaskan.

  • Seorang wanita mendakwa suaminya masih enggan melafazkan cerai walaupun permohonan perceraian difailkan sejak Mac lalu.
  • Kedua-duanya melantik peguam serta menjalani sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Julai. 
  • Menurut wanita itu, suaminya memberikan dokumen persetujuan yang perlu ditandatangani sekiranya dia mahu dilepaskan.
  • Dokumen berkenaan didakwa menetapkan hak penjagaan anak kepada suami, selain meminta wanita itu menyerahkan kereta yang digunakannya dan membiayai semula rumah atas namanya sendiri.
  • Selepas 15 tahun berkahwin, wanita itu menyifatkan syarat tersebut tidak munasabah dan meminta pandangan orang ramai. 

"Dalam dokumen tu dinyatakan hak hadanah adalah milik dia. Dia juga minta serahkan kereta  yang saya guna sekarang ni sebab atas nama dia," adunya yang terkejut dengan permintaan tersebut.

Tidak hanya itu, wanita ini turut mendedahkan bahawa lelaki terbabit juga mahu melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah mereka dengan meletakkan namanya sepenuhnya.

"Perjanjian yang dia buat memang tak masuk akal selepas 15 tahun berkahwin," luahnya yang buntu dengan situasi berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh punca rumah tangga berantakan, wanita buntu suami enggan cerai... Rupanya diam-diam ambil 8 pelan insurans atas nama isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidup

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya beranggapan syarat melampau tersebut hanyalah helah suami untuk menyiksa mental isterinya.

"Nampak sangat dia sengaja nak sakitkan hati, lelaki macam ni kalau nak bercerai memang awak kena ikut kehendak dia.

"Kena nyatakan dengan jelas dekat mahkamah sebab apa awak nak bercerai dan bagi je semua harta yang dia nak.

"Biasanya, kalau dah sampai hakam, memang kes boleh selesai tak lama lagi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain