suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji 5 angka pun tak guna! Suami derita ‘dilenjan’ isteri penting diri, penat ulang-alik pergi kerja naik motor 180 km sehari

Seorang suami sanggup bersusah payah demi membahagiakan keluarganya. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti berdepan tekanan emosi dan fizikal amat berat sekiranya dikurniakan pasangan yang bersikap pentingkan diri serta bertindak mengikut emosi semata-mata.

Begitulah nasib malang yang dilalui seorang lelaki apabila terpaksa menanggung kepenatan berulang-alik sejauh 180 kilometer (km) setiap hari demi menuruti kehendak isterinya.

Mengakui sudah terlalu lelah dengan rutin yang dijalani hampir setahun itu, bapa kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa hati untuk berhenti kerja walaupun meraih pendapatan lumayan mencecah lima angka.

"Disebabkan kerenah isteri, saya betul-betul rasa nak berhenti kerja. Biarlah tak dapat nak bayar komitmen atau hutang semua.

"Saya baru dapat gaji lima angka dan dah tanggung segala-galanya, tapi entah apa lagi yang tak kena," luahnya di Threads.

Konflik antara suami isteri boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Konflik antara suami isteri boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. -Gambar hiasan AI

Menceritakan perjalanan hidup yang dilalui sejak awal perkahwinan, ujar lelaki berusia 32 tahun ini, dia dan isteri pada awalnya tinggal di Kuala Lumpur kerana tuntutkan kerja.

Namun tanpa diduga, isterinya meminta izin untuk pulang ke kampung kerana ingin berada berhampiran keluarga.

"Isteri duduk rumah mak dia dan suruh saya tinggal seorang diri dekat Kuala Lumpur. Mula-mula tu cakap okey sebab kononnya saya boleh fokus kerja.

"Tiba-tiba timbul pula masalah apabila dia tinggal dengan keluarga. Masalahnya, bilik kat rumah sewa kami dah disewakan pada orang lain sebab nak jimat kos," ujarnya mengimbau detik awal konflik rumah tangga mereka.

  • Seorang lelaki berusia 32 tahun mengaku sukar mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga selepas isterinya mahu dia pulang ke rumah setiap hari.
  • Bapa kepada dua anak itu berkata, dia sudah hampir setahun berulang-alik sejauh 180 kilometer sehari dengan motosikal sehingga berasa terlalu penat.
  • Menurutnya, mereka pada awalnya tinggal di Kuala Lumpur sebelum isterinya berpindah ke kampung untuk berada dekat dengan keluarga.
  • Dia kemudian membeli rumah berhampiran keluarga isterinya, namun isterinya tidak mahu mereka terus tinggal berjauhan.
  • Lelaki yang baru memperoleh gaji lima angka itu meluahkan hasrat untuk berhenti kerja kerana keletihan, tetapi bimbang tidak mampu menanggung keluarga.

Ceritanya lagi, situasi semakin rumit apabila isterinya meluahkan keinginan untuk berpindah namun tetap mahu mencari kediaman berhampiran keluarganya.

Susulan daripada itu, dia yang bekerja dalam bidang pemasaran mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Namun malangnya, sebaik sahaja keputusan itu dibuat, isterinya mula 'merengek' enggan ditinggalkan bersendirian sehingga memaksa dia berulang-alik ke tempat kerja di ibu kota sejauh 180 km setiap hari.

"Isteri tiba-tiba cakap dia tak boleh sendirian di rumah. Jadi tak cukup dengan balik hujung minggu je, aku beli pula motosikal untuk ulang alik 180 km setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

ARTIKEL BERKAITAN: Titik terendah seorang isteri, malu ditengking suami depan jururawat - “Mengandung pun serabut, menyusahkan!”

"Aku pernah minta izin sesekali nak tumpang rumah kawan, abang aku atau hotel murah sebab penat, tapi lepas setahun dia cakap tak suka.," ceritanya sayu.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya bersimpati dengan nasib dialami.

Tidak kurang juga yang memintanya bertegas dengan isteri supaya setiap keputusan dapat dibuat dengan betul.

"Sepatutnya daripada awal jangan dengar cakap isteri, sebab perempuan ni ada masa dia akan ikut emosi.

"Ramai je orang yang ulang-alik 180 km setiap hari.

"Isteri kau bodoh sebab menyusahkan kau dengan perangai yang bukan-bukan, dia tak pandai bersosial," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain