suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita ‘homesick’ tahap sampai nak muntah! Anak bongsu berendam air mata selepas daftar universiti

Pelajar yang pertama kali berjauhan dengan keluarga pastinya akan berdepan perasaan sedih. -Gambar hiasan AI

SELEPAS tamatnya zaman persekolahan, kita perlu bersedia untuk belajar hidup berdikari dan berjauhan dengan keluarga jika melangkah ke alam pengajian tinggi.

Namun menurut seorang pelajar, dia kini berdepan tekanan emosi melampau kerana tidak mampu menanggung rasa rindu sejak pertama kali berpisah dengan ibu bapanya.

Dalam satu hantaran tular, individu itu berkata dia tidak mampu mengawal emosi dan sering menangis kerana teramat rindu akan kedua ibu bapa serta keluarganya.

Anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi membalas pengorbanan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Saya tak pernah berjauhan dengan keluarga. Saya anak bongsu dan baru je daftar universiti. Tak tahu saya ni normal ke tidak? Lepas mak ayah tinggalkan, terus rasa tiada semangat dan nangis teruk.

"Saya menangis sampai rasa sakit kepala dan nak muntah. Masa keluar dengan kawan-kawan saya okey je. Lepas tu cepat-cepat saya nak balik untuk buat panggilan video dengan mak ayah.

"Saya dah cuba, tapi setiap kali dengar suara dan tengok muka mak ayah, terus saya menangis sampai tak boleh bercakap. Saya menangis teresak-esak sampai tahap rasa sesak di dada," ujarya.

  • Anak bongsu tular selepas kongsi kisahnya yang pertama kali berpisah dengan keluarga.
  • Dia berdepan tekanan emosi dan hilang selera makan selepas mendaftar di sebuah universiti.
  • Dia juga sering menangis setiap kali membuat panggilan video dengan ibu bapanya.
  • Ramai netizen memberi kata-kata semangat buat pelajar itu selepas kisahnya tular.

Menurut pelajar itu, dia juga hilang selera makan dan bagaikan tiada tenaga untuk meneruskan hari-harinya kerana masih belum mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.

Hantaran tular di aplikasi Threads itu dihujani dengan ratusan komen netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

"Ini adalah situasi normal. Tak perlu buat apa-apa. Lama-kelamaan awak akan terbiasa. Jadi, tolong jaga kesihatan dan belajar elok-elok.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu penat pendam rasa, berkorban jaga orang tua sejak usia 14 tahun - “Aku utamakan orang lain berbanding diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Tamatlah derita tadah baldi... Biar simpanan RM50,000 susut, anak bongsu ini pastikan mak tak lagi tidur dalam basah air hujan

"Normal je dik. Lagi pun belum mula belajar kan? Nanti dah mula kuliah, awak mesti sibuk dan keadaan akan bertambah baik.

"Mesti mak ayah gembira apabila awak tamat belajar nanti. Jangan sia-siakan pengorbanan mereka," pesan beberapa netizen.

Artikel Lain