PENGORBANAN seorang anak demi keluarga sememangnya tidak ternilai, apatah lagi apabila melibatkan hasil titik peluh sendiri yang dikumpul bertahun-tahun. Itulah yang dilakukan oleh seorang gadis apabila memilih untuk menggunakan simpanan peribadinya demi keselesaan ibu tercinta. Menurut gadis tersebut, dia sanggup mengeluarkan simpanan sebanyak RM50,000 demi membaiki rumah ibunya di kampung sebagai hadiah ulang tahun ke-50.Setiap anak menyimpan hasrat dari kecil untuk memberikan kesenangan kepada ibu bapa. -Gambar hiasan AI“Sebagai anak bongsu, saya paling jarang balik kampung sebab sibuk kerja dan belajar. Tambahan pula, saya memang tak ada bilik sendiri di rumah.“Setiap kali raya, saya terpaksa tidur di ruang tamu sampai naik jerawat dan gatal-gatal,” katanya menerusi perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM12,000 ‘hangus’ bina rumah singgah, wanita bengang majlis kahwin ala kadar... Sekarang baru faham keputusan bapaARTIKEL BERKAITAN: Dah kahwin tapi masih ‘mencekik’ duit orang tua, adik geram abang anggap mak ayah mesin ATM... Dapat RM1k sebulan pun tak bersyukur!Meskipun ada rakan-rakan yang menasihatkan agar dia lebih mengutamakan diri sendiri, gadis ini tetap meneruskan niat murninya itu demi memastikan ibunya tidak lagi berdepan kesukaran di rumah lama.“Bumbung bilik mak selalu bocor, sampai kena tadah baldi atas katil apabila hujan. Rumah pula separuh kayu, jadi saya baiki dan tambah bilik untuk kami,” katanya.Walaupun pada awalnya dia mengakui berasa bercampur baur selepas baki simpanannya menyusut, namun perasaan itu berubah menjadi lega sebaik melihat perkembangan rumah tersebut.“Apabila video call dengan mak dan adik saudara, tengok progress rumah tu buatkan saya rasa lega dan gembira dengan usaha sendiri walaupun tak ada siapa ucap terima kasih.“Sekarang saya dah ada bilik sendiri walaupun kecil, tapi cukup buat saya rasa tenang setiap kali balik kampung,” katanya.Gadis guna RM50,000 simpanan untuk baiki rumah ibu.Sebelum ini tiada bilik sendiri, tidur di ruang tamu setiap kali balik.Wang digunakan untuk baiki bumbung dan tambah dua bilik.Pada awalnya ragu, namun akhirnya rasa puas dan gembira.Netizen puji pengorbanan, doakan rezeki terus murah.Ringkasan ini dijana oleh AIGadis itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dipinjamkan dan berharap diberikan kesihatan serta peluang untuk terus menambah baik kediaman mereka pada masa akan datang.Sementara itu, perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang mengagumi usaha gadis tersebut dalam memberi keselesaan kepada ibu tercinta."Tahniah bukan senang nak cari duit dan awak buat segalanya demi ibu. Moga dimurahkan rezeki."Yang sebenar harta kita adalah apa yang dibelanjakan ke jalan Allah dan jalan yang memberi manfaat pada orang lain. Tahniah awak," komen netizen.