Pasangan yang sedang mendapatkan zuriat (TTC) semestinya berdepan pelbagai cabaran yang menguji emosi. -Gambar hiasan AI
BUKAN mudah bagi pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC) untuk melalui setiap fasa penuh cabaran.Bayangkan di kala emosi mudah rapuh, mereka diuji pula dengan kata-kata yang langsung tidak bertapis sehingga menggores perasaan. Demikian juga dengan kisah dikongsikan seorang wanita ini mengenai insiden yang meninggalkan kesan mendalam buat dirinya sepanjang melalui fasa TTC."Antara salah satu pengalaman yang tak boleh lupa sepanjang TTC. Jumpa pakar gynae untuk review result sperm test dan blood test.Pasangan TTC perlu saling memberi sokongan antara satu sama lain. -Gambar hiasan AI"Dia tengok kertas itu cakap sambil gelak-gelak... result suami kamu okay sangat ni. Dia boleh je senang-senang mengandungkan perempuan tapi perempuan lain la, bukan kamu."Dia sambung senyum-senyum lagi," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. Wanita tersebut menambah, doktor tersebut langsung tidak menunjukkan rasa bersalah seolah-olah menganggap kata-kata tersebut seperti gurauan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC terasa hati, kakak ipar tak izin ‘pinjam’ anak pergi mandi kolam... Alasan kurang mahir jaga budak cukup pedih ditelan!ARTIKEL BERKAITAN: Suami cari jalan ‘keluar’, tak sanggup tunggu lebih lama lepas 3 tahun belum dapat zuriat... Terus hantar ‘proposal’ kahwin lain!"Menggigil gila masa tu. Dalam hati fikir, apa yang lawaknya?"Masuk kereta terus menangis tersedu-sedu sampai rasa susah gila nak bernafas," kongsinya.Menurutnya lagi, dalam keadaan tersebut dia tidak mampu berfikir secara positif atau menganggap kata-kata doktor berkenaan sekadar gurauan. Seorang wanita berkongsi pengalaman pahit sepanjang menjalani fasa TTC.Dia bertemu pakar sakit puan untuk semakan ujian, namun terkejut dengan kata-kata doktor yang dianggap tidak sensitif.Doktor tersebut didakwa bergurau seolah-olah dirinya tidak subur.Wanita itu mengakui sangat terkesan hingga menangis teresak-esak.Netizen sifatkan doktor tidak profesional serta menyarankan agar aduan dibuat terhadapnya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Masa tu saya betul-betul blank. Dia doktor pakar, dia sendiri tahu bila tengok semua result test, kami suami isteri tidak ada apa masalah untuk dapat zuriat. Cuma Allah belum beri kami rezeki. "Kita fikir tengah TTC, malas la nak doa bukan-bukan dekat orang tapi itulah, sakit hati juga," kongsinya lagi. Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang mengecam sikap doktor berkenaan yang bukan saja tiada common sense malah tidak profesional dalam mengendalikan isu sensitif.Ada juga berkongsi pengalaman hampir sama selain menasihatkan wanita berkenaan supaya membuat aduan terhadap doktor tersebut agar perkara sama tidak berulang kepada pesakit lain.