suria

Wanita kecil hati dianggap ‘tong sampah’, rakan sekerja bagi makanan lebihan lepas semua orang tolak - “Ingat aku hamak sangat?”

Layanan yang diberi rakan sekerja boleh mempengaruhi emosi seseorang. -Gambar hiasan AI

ADA sesetengah situasi di tempat kerja yang mungkin kelihatan remeh bagi segelintir individu, namun sebenarnya ia boleh memberi kesan mendalam kepada emosi seseorang.

Perkara kecil contohnya seperti layanan hambar rakan sekerja boleh membuatkan diri rasa tersisih dan tidak dihargai seperti orang lain, sebagaimana kisah dikongsikan oleh individu ini.

"Ofis buat makan-makan dan hanya ajak-ajak ayam, jadi aku tolak pelawaan dengan hormat. Sebab aku bukan termasuk dalam rancangan mereka.

Suasana kerja yang harmoni terbina melalui layanan yang adil dan komunikasi yang terbuka. -Gambar hiasan AI

Suasana kerja yang harmoni terbina melalui layanan yang adil dan komunikasi yang terbuka. -Gambar hiasan AI

"Akhirnya ada makanan yang tak habis dan ada satu jenis food ni semua orang dalam group tu tak minat," ceritanya.

Dia kemudian terdengar seorang rakan sekerjanya menawarkan makanan berkenaan kepada rakan-rakan lain seorang demi seorang, namun semuanya menolak.

"Orang terakhir yang dia tanya adalah bos besar, tapi bos pun tak nak," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan bersendirian pun jadi isu... ‘Lone ranger’ terkejut dipanggil bos, tak sangka rakan sekerja buat aduan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan bawa anak ke ‘annual dinner’, rakan sekerja tak dapat tempat duduk... ‘Handphone’ je canggih tapi tiada common sense!

Apa lebih mengecewakan, rakan sekerjanya itu kemudiannya datang kepadanya dengan nada yakin dan menawarkan lebihan makanan tersebut.

"Akhirnya dia dengan yakin pergi dekat meja aku dan cakap, nah.. ini untuk awak, guna duit ofis... ambil je.

"Dia expect aku tak dengar kot dia dah tanya orang-orang lain dulu sebelum confident pelawa dekat aku macam tu," kongsinya.

  • Seorang individu berkongsi pengalaman rasa dipinggirkan ketika majlis makan-makan di pejabat.

  • Dia menolak pelawaan kerana merasakan dirinya tidak benar-benar dijemput.

  • Selepas majlis, dia dipelawa lebihan makanan.

  • Dia sedih kerana dianggap 'pilihan terakhir.

  • Netizen menasihatkannya supaya lebih tegas serta meletakkan batas di tempat kerja.

Walaupun mengakui perkara itu kelihatan kecil, namun dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih apabila diberi layanan sedemikian.

"Aku tahu itu perkara kecil, tapi sedih juga dijadikan last option dan ayat confident dia tu. Bukannya aku hamak sangat lebihan makanan tu," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-ratanya memahami perasaan individu berkenaan malah berkongsi pernah berdepan dengan situasi sama. 

Ada menyarankan supaya dia meletakkan batas dan bertegas dengan pendirian supaya tidak terus diperkotak-katikkan. 

Artikel Lain