MAJLIS makan malam tahunan (annual dinner) syarikat lazimnya dianjurkan sebagai acara formal bagi menghargai kakitangan serta mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja.
Namun, ada segelintir individu yang tidak peka terhadap etika majlis sebegini sehingga menimbulkan rasa kurang senang tetamu lain.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi laman Threads, yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sepasang suami isteri di tempat kerjanya yang membawa anak ke majlis makan malam anjuran syarikat.

Kebanyakan ibu bapa lebih gemar menggunakan perkhidmatan 'babysitter' jika mempunyai urusan. -Gambar hiasan AI
"Ada pasangan suami isteri ni datang sekali bawa anak. Sepatutnya dalam list, anak dia tak ada kerusi sebab dia bagitahu bawa stroller. Dia selamba letak anak dia atas kerusi.
"Datang orang sepatutnya ada kerusi, dah kena berdiri cari kerusi pula. Dia anak beranak buat 'dek' je," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
Situasi menjadi lebih terganggu apabila pasangan berkenaan membiarkan anak kecil mereka bising ketika ucapan sedang disampaikan, seolah-olah tidak menghormati majlis.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu kenduri geram sikap tak peduli mak ayah, biar anak makan bersepah dalam dewan kahwin - “Kau tinggal ‘tahi’ macam tu je!”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa ditegur suka bawa anak kecil masuk surau mall, mengganggu dan sempit - “Terpaling nak khusyuk ni, bising pun tak boleh”
"Lepas tu orang tengah bagi ucapan, dia bagi anak dia ketuk-ketuk tableware atas meja tu. Siap ambil piring, sudu garfu orang lain juga untuk anak dia main ketuk-ketuk.
"Bila marah nanti cakap aku tak faham sebab aku tak ada anak lagi. Tapi kau patut ajarlah anak kau, orang tengah bercakap tu diam, jangan ambil tableware orang lain.
"Dua-dua pakai iPhone 17 Promax tapi otak macam iPhone 6 tak boleh update dah," luahnya geram.
Seorang wanita tak puas hati terhadap pasangan suami isteri yang bawa anak ke majlis makan malam tahunan syarikat.
Anak tersebut diletakkan di atas kerusi tetamu lain sehingga menyebabkan kekurangan tempat duduk.
Pasangan itu biar anak mereka bising ketika ucapan sedang berlangsung.
Si suami leka bermain telefon manakala isterinya bersesak di bufet bersama tetamu lain.
Netizen berpendapat ibu bapa perlu memahami etika majlis formal dan bertanggungjawab jika membawa anak.
Wanita itu menambah, makin membuatkan dia berasa berasa jengkel apabila melihat si suami sanggup membiarkan isterinya bersesak mengambil makanan di meja bufet bersama tetamu lain.
"Suami dekat meja jaga anak kononnya, padahal main phone. Kau rela bini kau berhimpit-himpit dengan jantan pergi ambil makanan dekat buffet tu? Gila!" tulisnya lagi.
Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur.
Kebanyakannya berpendapat setiap kakitangan wajar memahami etika majlis formal dan tidak seharusnya mengambil mudah soal tingkah laku anak-anak.

Sebahagian daripada komen netizen.
Namun ada yang berpendapat bahawa membawa anak ke majlis rasmi bukanlah satu kesalahan, namun ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tingkah laku mereka tidak mengganggu tetamu lain serta menghormati suasana majlis.
"Annual dinner company tak payah bawa anak kot. Ini bukan family day.
"Tempat kerja dulu, kalau nak bawa anak kena beritahu sebab seat perlu reserve.
"Patutnya upahlah Kiddocare. Parents pun tenang layan annual dinner dan anak pun boleh main dengan kakak Kiddocare dekat rumah. Janganlah kedekut sangat," antara komen netizen.


