suria

Ibu bapa ditegur suka bawa anak kecil masuk surau mall, mengganggu dan sempit - “Terpaling nak khusyuk ni, bising pun tak boleh”

Rata-rata ibu bapa bergilir menjaga anak kecil apabila tiba waktu solat kerana ruang surau yang sempit. -Gambar hiasan

MENJELANG hujung minggu atau cuti umum, pusat beli belah sering menjadi antara lokasi tumpuan orang ramai untuk membawa keluarga masing-masing bersantai sambil berbelanja.

Lebih-lebih lagi di kala umat Islam sedang menyambut Ramadan ketika ini, kebanyakan ibu bapa akan meluangkan masa membawa anak-anak ke situ untuk berbuka puasa atau membeli kelengkapan bagi menyambut Aidilfitri.

Sudah pastilah kebanyakan kemudahan di lokasi berkenaan menjadi sesak dengan pengunjung, termasuklah surau yang biasanya mempunyai keluasan minima.

Justeru, apabila melibatkan kemudahan yang digunakan bersama, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengunjung untuk sama-sama bertolak ansur ataupun mempunyai 'common sense'.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, seorang individu tampil meluahkan rasa kurang senang dan menyuarakan teguran terhadap ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke dalam surau sehingga mencetuskan suasana bising.

Pusat membeli-belah lazimnya padat apabila tiba hujung minggu atau cuti umum. -Gambar Shaari Chemat/The Star

"Kalau pergi surau dekat mana-mana mall tu, suami isteri yang ada anak-anak, boleh tak ikut turn solat?

"Bukannya time bini pergi solat, yang suami pula masuk surau lelaki dengan anak-anak kecil yang buat bising, kacau jemaah lain nak solat.

"Memang tak reti nak tunggu bini siap solat dulu ke? Lepas tu bagi bini jaga anak-anak pula, baru kau masuk surau. Common sense la sikit," demikian teguran individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah berhimpit dengan stroller, ruang solat makin sempit... Wanita bawa anak diminta fikir panjang, bimbang karpet dicemari najis

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak berlari, menjerit dalam masjid waktu solat tarawih... Ada jemaah tak senang, tapi imam Masjid Besi kata rindu

Menurut pelayar berkenaan, tujuannya membuat teguran di laman sosial hanya untuk memberi peringatan memandangkan situasi berkenaan ada kalanya menimbulkan rasa kurang selesa jemaah lain.

Hantaran individu berkenaan menimbulkan perdebatan dengan rata-rata warga maya menyuarakan pandangan masing-masing.

Kalau dekat mall memang patut gilir-gilir. Tambah lagi Maghrib time pack.

NETIZEN

"Belum kahwin kan? Sebab tu jenis cepat panas dengan budak.

"Betul-betul 'terpaling' nak khusyuk ni sampai bising pun tak boleh.

"Orang macam awak ni la orang takut nak bawa anak ke masjid. Kes macam ni pun bising," demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun, pendapatnya turut disokong oleh sebahagian netizen lain yang tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

komen mall

Netizen menyuarakan pandangan masing-masing berhubung hantaran individu berkenaan.

"Aku solat dekat hentian sebelah Juru, ada bapa bawa anak dekat surau. Anak tantrum dalam surau, lepas tu berlari-lari hempas-hempas pintu. Aku tengah sembahyang pun risau gila, entah-entah pintu tercabut timpa orang.

"Kalau dekat mall memang patut gilir-gilir. Tambah lagi Maghrib time pack. Itu belum dengan geng gadis duduk sembang sambil main phone.

"Cuba fikir positif. Kalau dua-dua mak bapa solat, anak kena bawa dengan orang lain nanti, nak salahkan siapa? Anggap sajalah dia bagi peringatan.

"Saya selalu gilir-gilir dengan suami... memang tak masuk dengan anak kecil. Mengganggu dan lagi satu, sempit," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain