suria

Kanak-kanak berlari, menjerit dalam masjid waktu solat tarawih... Ada jemaah tak senang, tapi imam Masjid Besi kata rindu

Ucapan aluan Imam Besar Masjid Besi dipetik dalam Twitter.

KIRA-KIRA dua tahun, masjid dan surau lengang disebabkan penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dikuatkuasakan.

Justeru, tahun 2022 menjadi lembaran baharu apabila umat Islam dapat mengimarahkan masjid seperti sedia kala selepas kerajaan menetapkan fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu.

Penetapan itu juga membolehkan saf bagi solat berjemaah dilakukan secara rapat berbanding sebelumnya yang mengehadkan dan menjarakkan individu kira-kira satu meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja mualaf tak sabar nak sambut Ramadan, akui tenang lihat video Saharul Ridzwan berselawat... Ustaz Wadi Annuar, UAI pula cetus inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun terperap berbuka di rumah, apa kata intai 12 bufet Ramadan untuk dikunjungi kali ini!

Lebih menggembirakan apabila peralihan berkenaan sejajar dengan kedatangan bulan Ramadan sekali gus suasana solat tarawih lebih meriah dengan gelak tawa kanak-kanak yang hadir.

Menerusi ciapan Twitter Asyraf Badhrul, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya menyeru jemaahnya untuk berlapang dada sekiranya terdapat kanak-kanak yang berlari atau menjerit di dalam masjid berkenaan.

Kata-kata imam berkenaan menyebabkan jemaah yang hadir berasa sayu kerana ia terselit seribu makna.

Masyarakat diharapkan berlapang dada dengan situasi yang digambarkan Imam Besar Masjid Besi itu.

Masyarakat diharapkan berlapang dada dengan situasi yang digambarkan Imam Besar Masjid Besi itu.

Ini kerana dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, masjid dan surau hanya dihadiri individu dewasa yang sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin manakala kanak-kanak tidak dibenarkan.

"Jika anak-anak berlari ke sana-sini, menjerit, kami harap tuan puan boleh berlapang dada, kerana masjid ini telah dua tahun merindui suara kanak-kanak - Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya," ciapnya ringkas.

Perkongsiannya itu menyebabkan ciapannya diulang kicau lebih 20,200 pelayar dan menerima 41,300 tanda suka.

Antara reaksi netizen pada ucapan imam berkenaan.

Antara reaksi netizen pada ucapan imam berkenaan.

Malahan, ia turut dikongsikan di halaman Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang turut disebarkan lebih 5,800 pengguna lain.

Rata-rata pelayar menzahirkan rasa syukur dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Tiada anak lagi tapi gembira tengok kanak-kanak riang meriahkan masjid tadi, moga terus meriah sampai akhir Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.

Malam semalam nampak budak-budak berlari main dalam ruang lelaki masjid... rasa nak nangis sebab dah lama tak nampak suasana macam tu, dah lama tak niat sebagai 'makmuman'

NETIZEN

"Betul tindakan imam tu, bawa anak ke masjid ajar anak hormat tempat ibadah dan orang nak beribadah. Kalau hanya bawa tanpa mengajar dengan alasan standard budaklah bising... sampai bila tak akan terdidik.

"Nikmat yang paling besar dalam Ramadan tahun ini adalah peluang untuk bawa keluarga datang ke masjid. Perkara yang paling dirindui.

"Malam semalam nampak budak-budak berlari main dalam ruang lelaki masjid... rasa nak nangis sebab dah lama tak nampak suasana macam tu, dah lama tak niat sebagai 'makmuman'.

"Tarawih 2020 berbeza dengan 2022," kata beberapa netizen.

Bahagian dalaman kubah Masjid Besi.

Bahagian dalaman kubah Masjid Besi.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang memberikan pandangan berbeza.

Malah ramai menyifatkan, kelonggaran yang diberikan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk ibu bapa membiarkan anak-anak mereka membuat bising di masjid sehingga mengganggu jemaah yang datang.

Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kelihatan lebih cantik pada waktu malam

Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kelihatan lebih cantik pada waktu malam.

"Kita kini mula menghargai betapa berharganya gelagat dan keletah anak-anak. Tapi ibu bapa masih perlu mengingatkan anak-anak mereka supaya tidak bising atau perlahankan suara ketika bergurau.

"Tapi ini bukan lesen untuk ibu bapa lepas tangan, didik anak-anak untuk jaga perangai dan bawa bahan bacaan atau mainan untuk anak-anak," demikian pandangan beberapa netizen lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain