ALAM pekerjaan sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Adakalanya, kesukaran dan ujian yang perlu dihadapi itu membuatkan seseorang tertekan sehingga mendorong mereka mengambil keputusan drastik untuk berhenti kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dibuang kerja, pemuda ini cuba servis akuarium... tak sangka rumahnya jadi persinggahan kanak-kanak menangis ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja” Lazimnya kebanyakan masalah atau tekanan yang terjadi di tempat kerja adalah melibatkan kakitangan dengan majikan. Seorang gadis ini yang hanya mahu dikenali sebagai Kyra menceritakan semula situasi ketika dia bekerja di sebuah kedai makan di Bangi, Selangor dan akhirnya diberhentikan oleh majikan. "Masa saya masuk kerja dekat situ dulu gaji akan dibayar setiap hari Jumaat. Tapi Jumaat lepas saya masuk kerja macam biasa. Tiba-tiba bos beritahu yang gaji saya kena tunda minggu depan. "Saya pelik dan tanya dekat bos kenapa boleh tunda tak bayar macam selalu. Rupanya bos cakap ada masalah dengan company punya sales masa tu. "Walaupun tak ada income daripada kerja lain, saya OK saja bayar lambat. Lagipun masih ada duit simpanan jadi saya boleh guna dulu sementara nak tunggu dibayar gaji nanti," ujarnya. Gadis ini bekerja di sebuah kedai makan di Bangi, Selangor pada ketika itu. Namun, menurut gadis yang tinggal di Seksyen 7, Bangi ini, masalah bayaran gajinya ini tidak terhenti di situ. Malah, keadaan menjadi sedikit tegang apabila Kyra mendakwa dirinya dikatakan bersikap biadab terhadap majikannya gara-gara bertanya mengenai gaji. Susulan ketegangan yang berlaku, Kyra ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta. "Walaupun bayaran gaji lambat, saya masuk saja kerja macam biasa. Tapi minggu seterusnya bos nak bayar gaji, tiba-tiba dia cakap nak potong gaji saya. "Masa bos beritahu tu, saya dah nak balik selepas siap kerja. Saya tanya bos kenapa nak potong gaji pula. Dia cakap sebab sales dah jatuh. Saya agak kecewa dengan jawapan bos. Rasa macam hak saya dipermainkan bila inform last minute macam tu. Kya dianggap biadap oleh majikan kerana mempersoalkan mengenai jumlah gaji kepada majikan. "Jadi saya cakap dekat bos kenapa masa gaji baru nak inform kenapa tak inform dari minggu lepas?. Lepas tu dia cakap saya kurang ajar dan biadab dengan dia sedangkan saya tak ada tinggikan suara pun," jelasnya yang sudah bekerja di kedai makan tersebut selama tiga bulan. Menurut Kyra, 18 Februari lalu merupakan hari terakhir dia bekerja di kedai makan tersebut. Setelah berhenti kerja, gadis ini mengambil inisiatif untuk berniaga kek batik. Tambahnya, dia bersyukur usahanya untuk mencari rezeki dibantu oleh orang sekelilingnya yang tersayang. Saya tanya bos kenapa nak potong gaji pula. Dia cakap sebab sales dah jatuh. Saya agak kecewa dengan jawapan bos. KYRA "Lepas bos bayar gaji saya masa kejadian tu, dia cakap esok dah tak payah datang kerja. Jadi hari Jumaat tu hari last saya kerja dekat kedai tu. "Sejak berhenti kerja, saya bincang dengan kekasih saya untuk buka bisnes kek batik dari rumah. Masa tu pun ayah ada tolong bagi modal sikit untuk saya mula berniaga. "Saya tak cerita pun perkara sebenar kenapa saya berhenti dekat keluarga. Saya cuma beritahu saya berhenti kerja dan nak jual kek batik sebab tak nak mereka risau. Tapi dari umur 13 tahun lagi memang saya ada jual kek batik dekat sekolah cuma dah berhenti sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," ujar Kyra. Berikutan video yang dimuat naik di TikTok, gadis ini terharu apabila ramai yang mendoakan kejayaannya dalam bisnes di ruangan komen. Gadis ini kemudiannya mengambil inisiatif berniaga dengan menjual kek batik demi kelangsungan hidup. Jelasnya, terdapat ramai juga yang membuat tempahan dan ada juga berhasrat untuk membeli kek batiknya apabila menerima gaji kelak. "Setakat saya post kat TikTok yang saya jual kek batik ni, Alhamdulillah saya dah terima lebih 20 bekas tempahan dalam masa lima hari saja. "Bila post video tu juga, tak sangka ramai juga yang share pengalaman terima nasib sama dekat tempat kerja mereka. Saya anggap saja apa yang terjadi ni ujian dan ada hikmah Allah nak bagi rezeki lebih besar untuk saya," ujar Kyra. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI