suria

Selepas dibuang kerja, pemuda ini cuba servis akuarium... tak sangka rumahnya jadi persinggahan kanak-kanak menangis

Affiq turut memiliki akuarium di rumahnya yang menghimpunkan beberapa spesis unik dari dalam dan luar negara.

DUA tahun mencari rezeki di sebuah kilang, jejaka dari Kedah ini akhirnya diberhentikan kerja ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.

Buntu dengan nasibnya ketika itu, Mohd Fakhrul Affiq Yusoff berkata, dia enggan terus meratapi apa yang berlaku sebaliknya mahu meneroka peluang baharu demi kelangsungan hidup.

Dengan minat yang mendalam, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan bisnes baharu menawarkan perkhidmatan memasang dan membersihkan akuarium di sekitar negeri di utara tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun... hari ketiga permintaan sukar dipercaya!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelayan ambil order sambil lukis siakap 3 rasa, rupa-rupanya anak 3 tahun tak balik Malaysia... ibu tak cam tapi dah rasa sesuatu

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya dibuang kerja. Rasa sedih juga ketika itu, tak tahu apa nak dibuat. Dalam dua ke tiga bulan saya tidak bekerja. Hidup dengan simpanan yang ada.

"Akhirnya, saya memulakan bisnes servis akuarium dan set up akuarium di rumah orang. Saya juga ada jual ikan. Dengan pengalaman yang ada, saya mulakan bisnes ini," ujarnya.

Senang disapa Affiq, dia bersyukur apabila perkhidmatan yang ditawarkan mendapat sambutan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat dirinya.

"Alhamdulillah, buat masa ini sentiasa ada pelanggan. Kadang-kadang, ada orang yang sibuk dan tak sempat uruskan akuarium, mereka cari saya.

affiq3

Akuarium di luar rumahnya sering menjadi perhatian ramai.

"Ada juga yang takut untuk cuci sendiri, risau ikan-ikan akan mati. Selain Kedah, saya juga dapat pelanggan dari Perlis dan Pulau Pinang. Saya juga banyak buat perkongsian dan promosi di Facebook," ujar anak kedua daripada enam beradik itu.

Selain menawarkan khidmat dan kepakaran untuk orang ramai, Affiq turut memiliki akuarium di rumahnya yang menghimpunkan beberapa spesis ikan unik dari dalam dan luar negara.

Ada juga kanak-kanak yang menangis, akhirnya mak ayah bawa ke rumah saya untuk tengok akuarium, terus berhenti menangis.

AFFIQ

Malah, Affiq turut meletakkan akuarium di kawasan luar rumahnya sehingga menarik perhatian orang ramai untuk singgah dan melihat ikan-ikan secara percuma.

"Di rumah saya pun ada akuarium. Dulu ada dalam empat akuarium. Sekarang saya biarkan satu akuarium besar berada di luar rumah. Saya letak ikan arowana, arapaiman, ikan pari air tawar, peacock bass dan priva catfish. Monster fish pun ada.

"Saya letak di luar rumah. Ada jiran-jiran, orang yang lalu lalang, mereka akan berhenti singgah dan minta izin nak tengok ikan. Saya memang letak di luar untuk tontonan orang.

affiq5

Antara ikan belaan Affiq.

"Saya tak kenakan caj pun untuk mereka datang tengok dan ambil gambar. Saya rasa puas dapat lihat kegembiraan kanak-kanak.

"Mungkin ada yang mak ayah tak mampu bawa ke Aquaria di Kuala Lumpur. Tambahan pula, pandemik belum berakhir untuk bebas jalan-jalan sampai ke sana.

"Jadi, mereka boleh datang ke rumah saya. Ada juga kanak-kanak yang menangis, akhirnya mak ayah bawa ke rumah saya untuk tengok akuarium, terus berhenti menangis," ujarnya lagi.

affiq2

Sesiapa sahaja boleh datang melihat ikan secara percuma.

Affiq turut berkongsi video mengenai ikan dan akuarium miliknya ke TikTok sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

Mengenai dirinya, Affiq yang masih bujang masih menetap dengan keluarganya di Sungai Petani, Kedah.

Dedah Affiq, abang sulungnya juga turut meninggal dunia akibat wabak Covid-19 pada Ogos tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea