suria

Bimbang anak susut 18kg secara mendadak, doktor sahkan 80 peratus leukemia... ibu gusar tak sempat beraya bersama anak

Aidil dikatakan semakin kurus walaupun makan banyak menurut ibunya.

TIADA seorang ibu pun di dunia ini yang mahu melihat anak mereka menanggung penderitaan dari sebarang penyakit.

Lebih mengundang sebak apabila si ibu terpaksa melihat anak mereka yang masih remaja ini terlantar di atas katil dengan melakukan pelbagai prosedur rawatan hampir setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sakit kulit, pelajar tak sangka hidap kanser! Pergi hospital nak ambil keputusan check up, terus diminta buat kemoterapi

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut disahkan kanser belum hilang, remaja ini tabah lalui satu lagi debaran tunggu result SPM di katil hospital - “Saya sihat saja sebelum ni”

Menurut Zawati Sembok, episod menyayat hati yang menyelubungi keluarganya bermula awal Januari tahun ini selepas anak lelaki tunggalnya, Amir Aidil Yushairi Mohd Isa, 17, disahkan menghidap Chronic Myloid Leukemia.

“Awal tahun baru ni anak saya demam waktu malam seminggu. Saya sedih tengok badan dia lesu dan wajahnya pucat sangat. Jadi saya ambil keputusan untuk bawa pergi klinik ambil darah.

“Saya nak check tu takut ada penyakit sebab macam makan diri je. Makan selera saja tak ada masalah tapi makin kurus. Saya risau tengok keadaan dia macam tu.

“Dulu anak saya ni gemuk. Tapi sejak akhir-akhir pertengahan tahun lepas badan dia makin susut. Dia tetap aktif macam biasa siap main bola dan bersukan lagi,” jelas ibunya.

Jelas ibu Aidil, selepas tiga hari setelah menghantar sampel darah, keputusan ujian daripada Makmal Patologi diterima pada 16 Januari 2022.

Pada peringkat awal anaknya disahkan menghidap leukemia, Wati berkata dia sendiri berasa ‘down’ dan kerap menangis mengenangkan penderitaan ditanggung anak kecilnya.

aidil3

Berat badan Aidil semakin menurun sehingga menimbulkan kerisauan ibunya.

Keputusan awal ujian ini telah meruntun jiwa seorang ibu sehingga Wati memilih untuk membuat ujian semula di klinik swasta.

“Dalam masa 3 hari, saya dapat keputusan ujian darah dari Path Lab yang sahkan anak saya ada penyakit leukemia. Tapi saya macam masih tak dapat terima hakikat.

“Jadi saya bawa pula result anak saya tu jumpa doktor dekat klinik swasta. Memang ujian doktor dekat sana pun sahkan anak saya 80 peratus menghidap penyakit leukemia.

Saya bersyukur apabila orang disekeliling saya sangat baik dan sangat banyak bantu saya dari segi mental dan fizikal.

ZAWATI SEMBOK

“Dua hari saya menangis bila dapat tahu pasal keputusan ujian anak saya tu. Saya tak kuat nak terima hakikat atau beritahu anak saya sendiri jadi saya ambil dia dari asrama sekolah, dan bawa dia pergi ke klinik untuk doktor terangkan sendiri dekat dia,” katanya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata ini, anaknya kini masih menerima rawatan peringkat awal dan mengambil makanan tambahan dan ubat-ubatan.

aidil2

Aidil masih belum memulakan rawatan kimoterapi tetapi bertahan dengan ubat-ubatan oleh saranan doktor.

Jelasnya yang berniaga secara kecil-kecilan ini, dia terpaksa berulang alik dari mengambil dan hantar anaknya yang bersekolah di Sekolah Agama Tahfiz Kampung Laut, Kuala Terengganu ini, untuk menerima rawatan di hospital.

“Lepas dah sahkan anak saya ada kanser, dia kena tahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat Kuala Terengganu. 10 hari anak saya kena drip air 40 botol dan makan ubat untuk kemoterapi. Kos ubat tu untuk 14 biji saja pun sudah RM5166 tapi anak saya masih student jadi ubat tu masih percuma dekat hospital kerajaan.

“Walaupun dah macam-macam anak saya kena sampai berat dah tinggal 52 kilogram saja daripada 70 kilogram, dia tak pernah mengadu sakit. Bila tanya pun sentiasa jawab OK saja.

“Sekarang anak saya tak boleh makan makanan solid macam nasi tu, dia makan kuih lembut-lembut saja sebab ada ulser yang banyak dalam mulut,” ujar ibunya.

aidil1

Gambar Aidil bersama bapa dan ibunya yang sentiasa mengutamakan tahap kesihatan anak.

Berikutan perkongsian di Tiktok yang tular, ibunya menerima pesanan dan doa daripada warga maya yang memberi semangat kepada Wati.

Jelasnya, dia masih mengharapkan berita gembira untuk anaknya dalam usaha dan ikhtiarnya pada masa yang sama.

“Saya tak sangka video di TikTok mendapat perhatian ramai. Saya cuma nak kongsi pengalaman dan masa sama saya nak sampaikan mesej kepada ibu bapa yang juga senasib.

“Saya bersyukur apabila orang disekeliling saya sangat baik dan sangat banyak bantu saya dari segi mental dan fizikal.

“Papanya (ayah Aidil) selalu tunjuk dia kuat depan anak-anak walaupun dalam hati siapa yang tahu. Disebabkan takut Aidil kena warded lagi, tahun ni kami beli baju raya lebih awal. Semoga kami satu keluarga dapat puasa dan sambut raya sama-sama tahun ni,” jelas ibu Aidil mengakhiri cerita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain