SELEPAS membuat luahan di media sosial, pelakon Hafidz Roshdi tampil menjelaskan tujuan dia bertindak sedemikian bukanlah untuk mengeruhkan lagi hubungan dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.Sebaliknya, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 32, berkata dia hanya ingin menuntut hak sebagai seorang bapa agar dapat berhubung dengan anak mereka yang kini menetap di Australia bersama Nurul Shuhada. "Saya tak mahu bergaduh, saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Saya hanya minta nombor telefon anak supaya kami dapat berhubung. Sudah lama saya tidak berhubung dengan anak.Hafidz minta Shuhada memberi respons baik untuk dia berhubung dengan anak-anak. "Saya ada hubungi Shuhada dan minta nombor telefon anak, cuma dia belum beri sebarang maklum balas. Saya juga sudah hubungi ahli keluarganya, namun tiada jawapan."Isunya bukan tentang untuk berjumpa anak sebab Shuhada benarkan perkara itu. Tetapi sebelum berjumpa, saya juga mahu berhubung dengan anak-anak. Saya mahu bertanya khabar dan perkembangan mereka," katanya kepada mStar.Tambah Hafidz, luahan di media sosial sebelum ini juga sebagai salah satu cara untuk meraih perhatian Shuhada agar dapat memberikan kerjasama dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa dihalang jumpa anak-anak, mahu tunaikan tanggungjawab sebagai bapa ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak pernah abai tanggungjawab, Hafidz Roshdi usaha keras cari nafkah anakMalah, dia juga sedang berusaha mencari peluang untuk berjumpa anaknya di sana."Kalau ada rezeki saya akan ke sana. Saya akan usahakan untuk jumpa anak-anak di sana. Tetapi berilah peluang untuk saya berhubung dengan anak-anak dahulu."Saya tulis luahan di media sosial kerana Shuhada tidak memberi sebarang respons. Jadi saya harap dia dapat beri kerjasama. Saya hanya mahukan nombor telefon anak," tegasnya. Saya mahu bertanya khabar dan perkembangan merekaHAFIDZ ROSHDI PELAKON Dalam perkembangan lain, Hafidz juga memaklumkan dia sudah lama tidak mendengar khabar dua orang anaknya itu.Malah, dia hanya berpeluang menghubungi Shuhada selepas kes mahkamah melibatkan dakwaan memukul sebelum ini selesai."Disebabkan kes dakwaan pukul sebelum ini, saya tidak dibenarkan menghubungi mangsa (Shuhada). Selepas beberapa bulan selesai, barulah saya WhatsApp dia. Baru semalam saya menghubungi dia," jelasnya.Hafidz luah rasa rindu untuk berjumpa anak-anaknya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 9, dan Umar, 5.Selepas bercerai, Shuhada memaklumkan dia bersama dua anaknya sudah berhijrah ke Melbourne, Australia. Hafidz kemudian kembali bernikah dengan Athira Yuhada pada 15 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!