suria

Sufian Suhaimi sambut kelahiran bayi perempuan, bakal letak nama SR

Sufian dan isteri sambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

PENYANYI Sufian Suhaimi berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Rania Al Sada, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 24 April.

Bayi perempuan seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Meluahkan rasa syukur, Sufian, 34, memberitahu dia sendiri dapat merasai pengalaman berbeza apabila turut menemani isteri di dewan bersalin.

Sufian teruja sambut kelahiran cahaya mata. 

"Saya teman dan melihat sendiri proses isteri bersalin.

"Satu pengalaman baharu dan ia membuatkan saya lebih menghargai isteri serta ibu. Sekarang mungkin lebih selesa, tetapi kita tak tahu keadaan ibu kita dahulu," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mula menjalani fasa baharu dalam kehidupan mereka, tambah Sufian, dia juga mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya selain keluarga mentua dalam menjaga bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedang sarat hamil, Sufian Suhaimi membilang hari timang anak sulung… “Jangan panggil baby Pian lagi” 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Sufian Suhaimi akhirnya bergelar suami Rania Al Sadat

Penyanyi itu juga memberi gambaran anak mereka bakal diberi nama dengan huruf SR iaitu gabungan namanya dan isteri.

"Selepas bersalin, kami mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa. Iyalah, kami masih baharu dan belum ada pengalaman menjaga bayi. Banyak perkara yang perlu kami belajar.

"Untuk nama anak, kami belum membuat keputusan lagi, tetapi yang pasti namanya bermula dengan huruf SR," ujarnya.

Sufian dan Rania bernikah pada Mei 2025. 

Untuk rekod, Sufian dan Rania sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2025.

Sebelum berkahwin, Sufian juga mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain