PELAKON Datuk Rosyam Nor tampil memberikan pandangannya berhubung isu hangat di media sosial yang melabel segelintir artis sebagai sombong.Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata tanggapan tersebut sering kali timbul akibat salah faham terhadap situasi sebenar yang dihadapi oleh seseorang artis ketika itu. Kata Rosyam, dia tidak merasakan ada artis yang bersikap sombong dan tidak adil untuk menilai mereka hanya berdasarkan satu pertemuan singkat."Nak tunggu artis-artis ni pergi tersengih-sengih dekat semua orang? Nanti ada yang cakap ingat ada orang kenal kau (artis) ke? Orang kata lain pula. Rosyam menyangkal dakwaan golongan selebriti bersikap sombong."Sebenarnya tak ada artis yang sombong pun. Semua okay saja. Artis yang saya kenal semuanya okay (tak sombong). "Ada masa tengah berjalan muka saya pun berkerut, tapi kalau ada yang nak bergambar saya santuni saja. Siapa artis tanpa peminat," katanya kepada mStar. Rosyam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Pewaris Susuk yang diadakan di GSC Cinemas Lalaport, Kuala Lumpur pada malam Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kadang orang pilih bukan sebab bakat tapi disiplin" - Rosyam Nor tegur pelakon selalu lambatARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah ada pembantu peribadi, Rosyam Nor urus kerjaya sendiri - “Dulu gaji pun cukup-cukup, mana mampu bayar PA”Dalam pada itu, Rosyam menegaskan bahawa ekspresi wajah atau reaksi spontan artis tidak seharusnya dijadikan ukuran untuk menilai keperibadian mereka."Tak kenal takkan dia (artis) nak senyum memanjang. Mungkin masa itu dia penat. Mungkin juga karakternya begitu. "Macam muka saya ni garang. Habis nak cakap saya sombong? Tak, kita kena faham keadaan seseorang artis. Nak tunggu artis-artis ni pergi tersengih-sengih dekat semua orang?DATUK ROSYAM NORPELAKON"Mungkin mereka tengah ada masalah, duit tak ada, masalah keluarga. Saya rasa kalau tegur artis ni mereka okay saja," ujarnya. Rosyam bagaimanapun menyifatkan peminat sebagai aset penting dalam kerjaya seseorang artis, malah menganggap mereka sebagai rakan promosi yang membantu memperkenalkan artis kepada khalayak lebih luas."Peminat yang ambil gambar dengan artis akan hantar pada grup mereka dan sebenarnya itu adalah rakan promosi kita. Rosyam menganggap perkongsian netizen hanya berlaku salah faham."Saya menganggap mereka (peminat) rakan promosi. Mereka akan promote kita dalam grup keluarga ke, puji artis tak sombong. "Saya tak rasa pun ada artis yang sombong, orang saja nak reka cerita," katanya. Sebelum ini, halaman Threads menjadi kecoh apabila netizen mendedahkan terdapat beberapa artis yang didakwa sombong apabila bertemu dengan peminat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!