suria

[V] "Kadang orang pilih bukan sebab bakat tapi disiplin" - Rosyam Nor tegur pelakon selalu lambat

PELAKON Datuk Rosyam Nor menganggap isu tidak menghormati masa orang lain di lokasi penggambaran sebagai asam garam dalam bidang seni.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berpendapat sikap tersebut tidak sepatutnya menjadi amalan namun memahami sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

“Kadang-kadang kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh pelakon itu. Mungkin dia berdepan sesuatu perkara, jadi kita terima sahaja. 

Rosyam tak penah datang lewat ke lokasi penggambaran.

“Sebenarnya pada zaman saya dahulu pun ada juga pelakon senior yang datang lewat. Bagi saya, itu antara rencah kehidupan dalam bidang lakonan. 

“Namun, jika mereka sudah komited dengan kerja dan hanya sekali-sekala lewat dengan alasan munasabah, saya rasa tidak ada masalah. Tetapi kalau setiap hari datang lambat, itu sudah kurang ajar namanya,” katanya kepada mStar.

Menurut Rosyam, sepanjang bergelar anak seni dia sentiasa menepati masa yang ditetapkan kerana berasa kerjaya lakonan adalah punca rezeki yang perlu dijaga dengan penuh amanah.

“Saya sendiri tidak pernah datang lewat. Bukan apa, saya anggap ini rezeki yang Allah berikan. Bila sudah diberikan rezeki, kita kena jaga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tiada empati, Rosyam Nor terima baik teguran… Naikkan algoritma podcast

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor jawab dakwaan tengking pelatih industri… “Tunggu 14 Februari saya akan serang mereka”

“Kalau benar-benar lambat kerana jalan sesak atau ada masalah, beritahulah kepada pihak produksi. Tetapi janganlah sampai lima jam lewat,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Rosyam turut mengingatkan pelakon agar tidak terlalu selesa sehingga merasakan diri mereka sentiasa diperlukan dalam industri.

Tambah Rosyam, disiplin merupakan faktor penting yang sering menjadi pertimbangan produksi dalam memilih pelakon.

“Bagi mereka yang sering datang lewat, mungkin hari ini mereka merasakan diri sangat diperlukan. Tetapi satu hari nanti mungkin mereka tidak lagi diperlukan. 

Kalau benar-benar lambat kerana jalan sesak atau ada masalah, beritahulah.

DATUK ROSYAM NOR

PELAKON

“Ketika itu, kalau baru hendak memperbetulkan disiplin, mungkin sudah terlambat. Perkara seperti ini banyak berlaku di depan mata saya. 

“Kadang-kadang orang memilih seseorang pelakon bukan semata-mata kerana lakonannya hebat, tetapi kerana disiplin yang ditunjukkan,” katanya.

Jelasnya dia sudah banyak melihat ramai pelakon lama mendapat tawaran lakonan hanya kerana mereka mempunyai disiplin yang baik.

Rosyam percaya disiplin panjangkan karier lakonan.

“Walaupun lakonannya sederhana, tetapi jika disiplin baik, tidak merosakkan dan tidak menjejaskan produksi, saya rasa orang seperti itu akan menjadi pilihan. 

“Malah saya lihat ramai yang mempunyai disiplin tinggi terus berkarya dan bekerja sehingga hari ini kerana diberikan peluang oleh produksi,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, pelakon Azhan Rani berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir rakan artis yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain