SEORANG wanita bertindak berani apabila memukul dua lelaki menggunakan kayu selepas mereka didakwa cuba meragut rantai emas miliknya di sebuah kawasan pertanian.Kejadian berlaku pada Khamis ketika mangsa yang dikenali sebagai Kishtamma sedang bekerja di sebuah ladang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal. Kedua-dua suspek dipercayai berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum cuba meragut rantai emas mangalsutra milik wanita berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 30 gram.Bagaimanapun, tindakan mereka tidak berjalan seperti dirancang apabila Kishtamma menyedari perbuatan itu lalu bertindak melawan.Suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan motosikal, namun jeritan mangsa meminta pertolongan menarik perhatian beberapa petani yang sedang bekerja di kawasan berhampiran.Mereka segera mengejar kedua-dua lelaki terbabit sebelum berjaya menahan suspek di daerah Sangareddy, Telangana, India.Tidak terhenti di situ, Kishtamma turut bertindak memukul kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan sebatang kayu sehingga berjaya mendapatkan semula rantai emas miliknya.Menurut laporan NDTV, pihak polis Jinnaram yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi sebelum menahan kedua-dua suspek.Mereka dikenal pasti sebagai Vadde Sailu, dari kampung Mucherla dan Aravind dari kampung Meenampally, masing-masing di daerah Sangareddy.Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai terbabit dalam empat kes kecurian sebelum ini.Susulan aduan mangsa, polis membuka kertas siasatan, menahan kedua-dua suspek sebelum mereka dihantar ke tahanan reman kehakiman.-Agensi