suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elisya Sandha pasrah... Gimik gaduh dengan Fasha kurang ‘bisa‘ - “Mereka tak percaya“

Fasha dan Elisya saling menangis kenang keakraban mereka.

ISU perbalahan antara pelakon Fasha Sandha dan adiknya, Elisya Sandha akhirnya terjawab apabila mereka mendedahkan ia sekadar gimik bagi mempromosikan sebuah jenama makanan.

Perkara itu terbongkar apabila kedua-dua beradik berkenaan muncul bersama dalam sebuah acara pada pagi Jumaat sekali gus melenyapkan konflik keluarga yang berlaku.

Berkongsi mengenai gimik tersebut, Elisya atau Nur Elisya Mohd Faisal, 27, berkata, usaha itu tidak begitu menjadi apabila rata-rata netizen tidak mempercayai mereka sedang berselisih faham.

Elisya akui peminat tak percaya konflik berlaku antara dia dan Fasha.

Menurut Elisya hubungan rapat yang terjalin antara mereka membuatkan pengikut di media sosial tahu bahawa mereka tidak mungkin bermasam muka.

"Kalau tak boleh hidup antara satu sama lain. Kalau di media sosial saya, kebanyakan pengikut memang tak percaya kerana mereka mengenali hubungan kami.

"Walaupun hantaran kami seolah-olah menggambarkan kami bergaduh, mereka tahu perkara itu tidak akan berlaku kerana ikatan kami sangat kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Elisya Sandha muat naik status konflik keluarga, ini respons Fasha!

ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh beri pendapat, tapi jangan keterlaluan” - Nasihat Fasha Sandha isu ‘perang mulut’ dua negara

"Saya pun rasa kelakar membaca komen netizen, tetapi mereka sangat baik dan positif," katanya.

Fasha ditemui pada majlis pelantikan rakan jenama Gardenia NuMee di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sementara itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, memberitahu dia menerima panggilan daripada beberapa individu terdekat sebaik sahaja mereka memuat naik hantaran berunsur perselisihan faham itu.

Katanya, ada yang terkejut kerana mereka jarang berselisih faham, selain mengetahui hubungan baik yang terjalin antara dua beradik berkenaan.

Tipulah kalau adik-beradik tidak pernah berselisih faham.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Tetapi tidak dinafikan, ada juga yang percaya. Beberapa orang kawan saya ada menghubungi dan bertanya sama ada perkara itu benar-benar berlaku.

"Mereka kata saya tidak pernah membuat hantaran beremosi seperti itu sebelum ini. Mereka tertanya-tanya sama ada saya benar-benar sedang bersedih atau mempunyai masalah.

"Saya jelaskan bahawa kami sebenarnya hanya merajuk manja. Kami mempunyai cara pemikiran berbeza, tetapi akhirnya akan bertemu di titik tengah.

Fasha tak merajuk lama dengan Elisya.

"Kami saling menerima kelebihan, kekurangan dan pendapat masing-masing," ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha mengakui sebagai adik-beradik, mereka tidak terlepas daripada perselisihan faham, malah ada kalanya dia pernah terasa hati dengan sikap Elisya.

Menurutnya, perkara itu biasanya berkaitan soal masa, terutama ketika adiknya itu baru mendirikan rumah tangga.

"Tipulah kalau adik-beradik tidak pernah berselisih faham. Tetapi kami bukan bergaduh besar. Lebih kepada merajuk manja, selalunya berkaitan soal masa.

Fasha dan Elisya sebelum ini saling berbalas hantaran di media sosial.

"Sebagai kakak, ada masanya saya terasa hati. Kadangkala saya merasakan Elisya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarganya sendiri. Perkara itu lebih kerap berlaku ketika dia baru berkahwin.

"Namun, saya perlu menerima hakikat bahawa Elisya bukan lagi bayi yang saya jaga dahulu. Tetapi merajuk itu tidak lama, tak sampai tiga hari pun," katanya.

Sebelum ini, perkongsian Elisya di media sosial mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik luahan yang seolah-olah memberi gambaran berlaku perselisihan faham antara dirinya dengan kakak.

Artikel Lain