PELAKON Fasha Sandha mengingatkan orang ramai termasuklah rakan industri agar sentiasa menjaga tutur kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur provokasi sehingga mengguris hati pihak lain susulan ketegangan yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia.Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan peribadi masing-masing, namun perlu mempunyai batasan. “Pada saya, apa yang kita katakan itu jangan sampai mengguris hati orang lain.Fasha mengingatkan tentang batasan untuk bebas bersuara.“Boleh bagi pendapat, boleh beri pandangan, tetapi cuma janganlah keterlaluan sebab ada hati yang perlu kita jaga,” katanya kepada mStar ketika ditemui di watch party drama Kasih Yang Terkorban pada Jumaat.Sementara itu, bercakap mengenai kemelut jerebu, Fasha memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati dan enggan mengulas panjang.Tambahan pula, isu ini membabitkan hubungan diplomatik dan terlalu sensitif untuk dibahaskan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubunganARTIKEL BERKAITAN: “Bagai angin lalu saja“ - Fasha Sandha tepis komen negatif, pilih ’never explain yourself’“Tentang isu jerebu ini, saya takut salah cakap. Kadang-kadang bila salah pusing, kita pula yang nampak jahat.“Fasha rasa setiap negara pasti akan bercakap mengenai sudut pandang diri masing-masing,”ujarnya.Dalam masa sama, Fasha menyarankan agar masyarakat mengutamakan kesihatan diri memandangkan keadaan cuaca semakin teruk. “Setiap orang harus menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing, terutamanya untuk keluarga kita. Ambil pendekatan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.“Fasha tidak mahu komen lebih-lebih sangat kerana takut tersalah komen sebab isu itu sangat sensitif sekarang. Jadi lebih baik rujuk atau tanya doktor sahaja,” ujarnya.