LEBIH matang dalam berfikir, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia kini selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan komen-komen negatif tentang dirinya di media sosial.Bagi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, pendekatan 'never explain yourself' adalah yang terbaik bagi mengelakkan sebarang salah faham berlarutan. Biarpun begitu, pelakon ini menegaskan ada beberapa perkara yang dianggap sensitif apabila diperkatakan oleh segelintir pihak.Fasha lebih selesa tidak membalas kecaman di media sosial. "Dulu memang suka melawan walaupun perkara yang diperkatakan itu salah. Apabila semakin meningkat usia, saya sedar tak perlu nak jelaskan segalanya. Jika ada yang tidak suka, saya jelaskan selama tiga malam sekalipun memang tak akan mengubah apa-apa."Segala komen itu saya anggap sebagai angin lalu sahaja. Kesian juga mereka yang asyik bercakap buruk sedangkan saya tenang sahaja. Komen negatif tak mengganggu saya, tetapi jangan sentuh berkaitan maruah, keluarga dan komitmen kerja," katanya kepada mStar.Fasha ditemui ketika majlis pelancaran dan pengumuman dirinya sebagai duta rangkaian terbaharu produk Safi Youth Gold Rania.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dia tahu siapa saya maksudkan“ - Fasha tegur pelakon lambat ke set penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha tetap pilih ‘no comment’ isu tidak bertudung dalam drama… “Kalau nak judge pun saya tak kisah”Pelakon itu pada masa sama tidak mudah melenting apabila ada yang mempertikaikan penampilannya yang dilihat tidak berhijab ketika terlibat dengan penggambaran sebuah drama.Dia sedar setiap orang mempunyai pendapat berbeza dan tidak perlu memberi sebarang maklum balas panjang lebar berhubung perkara tersebut."Tak boleh nak marah orang kongsi gambar saya tidak berhijab. Saya pun masih letak gambar tidak bertudung di Instagram. Saya tidak pernah beri apa-apa kenyataan tentang perkara ini.Fasha diberi kepercayan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk."Kalau netizen nak komen tentang isu bertudung, biarkan sahaja. Setiap orang ada sebab untuk berkata-kata. Apa yang lebih penting adalah bagaimana saya berdepan perkara itu," jelasnya.Sementara itu, bercakap mengenai tanggungjawab sebagai duta produk, Fasha menganggap ia satu penghargaan besar kerana diberi kepercayaan untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita."Segan sebenarnya apabila diberi tanggungjawab ini kerana saya bukanlah manusia sempurna. Saya akan melakukan yang terbaik dan terus menjadi diri sendiri," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!