PELAKON Fasha Sandha tampil menjawab persoalan tentang penampilannya yang dilihat tidak bertudung ketika menjalani penggambaran drama lakonannya. Biarpun mendapat banyak komen, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hasssan, 42, berkata, dia tidak terkesan dengan pandangan atau kritikan netizen yang mahu menghakimi dirinya. “Saya memang jenis tak kisah orang nak cakap apa. “Kalau orang nak judge pun saya tak kisah. Saya tak pernah beri apa-apa kenyataan untuk isu tersebut (bertudung). Fasha enggan mengulas lanjut berhubung isu hijab.“Jadi bila orang bertanya mungkin mereka prihatin dan beri perhatian. Saya hargai semua itu,” katanya kepada mStar. Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di program realiti Talk To My Manager minggu kelapan yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Dalam pada itu, Fasha menegaskan pendiriannya tidak berubah walaupun persoalan sama terus dibangkitkan sejak lebih setahun lalu. “Sebenarnya apa yang boleh saya katakan, saya tak ada komen untuk isu tersebut (buka tudung). ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tak tidur 48 jam, diam tanpa IG... ‘Terperangkap’ kerana MarianaARTIKEL BERKAITAN: Tampil ‘free hair’ dalam drama baharu, tiada keperluan untuk Fasha Sandha jawab... Minta fokus isu semasa dan minyak“Daripada dulu sampai sekarang saya memang takkan beri komen apa-apa bila orang tanya masih berhijab atau tidak dalam drama lakonan saya. “Dah setahun lebih orang tanya tapi jawapan saya tetap sama, saya tak ada komen,” ujarnya.Pelakon ini bagaimanapun tetap bersyukur apabila masih ramai yang memberi perhatian dan dia sendiri terbuka untuk menerima sebarang komen. “Saya rasa lebih baik mereka fokus pada isu-isu semasa yang lain daripada sibuk fikirkan fasal penampilan saya. “Buang masa mereka saja kerana jawapan saya tetap no comment. Lakonan Fasha (kanan) tidak bertudung sekali lagi mendapat perhatian ramai.“Tapi apa pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana mereka mengambil berat tentang saya. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian,” katanya. Sebelum ini, Fasha memuat naik sebuah video di Instagram mempromosikan drama lakonannya yang bakal disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.Namun, apa yang mencuri perhatian ramai ialah penampilan Fasha dalam salah satu babak drama tersebut apabila dia dilihat tidak memakai hijab.Rata-rata netizen kemudian mempersoalkan tindakan aktres berkenaan dan tertanya-tanya sama ada Fasha masih berhijab atau sebaliknya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!