KISAH hidup penyanyi Indonesia, Farel Prayoga yang berdepan masalah keluarga sebelum ini mengundang rasa simpati pelakon Datin Seri Umie Aida. Berkongsi kasih sayang dengan penyanyi usia 16 tahun itu, Umie atau Umi Khalsum Rahmad Ali, 52, turut meluahkan harapan kerjaya seni remaja berkenaan terus berkembang. “Buku cerita kehidupan kamu penuh warna-warni. Biar dibuang keluarga, yang pasti Allah sayang kamu Farel. Umie mendoakan agar kerjaya Farel di Indonesia dan Malaysia terus berkembang.“Dengan jagaan penuh kasih sayang dan didikan agama daripada keluarga baru kamu. Semoga terus berjaya dalam bidang nyanyian kamu di Indonesia dan Malaysia,” katanya. Umie berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, Umie turut menganggap Farel sebagai sebahagian daripada keluarganya dan menzahirkan sokongan terhadap penyanyi remaja tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkahARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga alami tekanan, tak semangat nak pergi sekolah… Hubungan dengan bapa renggang“Kamu juga ada keluarga di Malaysia, Mak Semah (ibu Umie). “Semua sayang kamu Farel, jaga diri dan terus berjaya,” ujarnya. Menerusi satu hantaran video, Umie dan ibunya sempat meluangkan masa bertemu Farel ketika dia berkunjung ke Jakarta, Indonesia. Kisah hidup Farel menarik perhatian Umie.Sebelum ini, Farel membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah menjadi mangsa dera yang dilakukan ibu tirinya. Menurut Farel, dia juga dipaksa oleh ahli keluarga lain untuk bekerja sebagai penyanyi jalanan bagi menampung kehidupan seharian. Bagaimanapun, nasib Farel berubah apabila dia kini berada di bawah jagaan pengurusnya, Muhammad Rais yang banyak membantu menguruskan kerjaya serta kebajikannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!