PENYANYI Indonesia, Farel Prayoga mengalami tekanan emosi yang agak berat susulan kontroversi dalam keluarga, khususnya hubungan dengan bapa iaitu Joko Suyoto.Biarpun reda Farel, 16, berkata situasi yang dihadapinya ketika ini bukan sesuatu yang mudah untuk diterima pada usia muda. “Sudah tentu saya rasa tertekan dan ada masanya mengalami depresi yang cukup berat kerana menganggap seharusnya tidak perlu berdepan dengan masalah-masalah seperti ini.Pelajaran Farel turut terganggu disebabkan masalah keluarga yang dihadapinya.“Perasaan bertengkar dengan orang tua (ibu bapa) itu sebenarnya tidak selesa. Tapi nak buat macam mana, hidup perlu diteruskan.“Saya kena terus berjuang kerana kalau tidak bekerja kita tak dapat cari makan,” katanya ketika ditemui mStar.Farel berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi lepak bersama Farel Prayoga yang diadakan di Tasty Chapati, The Curve, Petaling Jaya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan difitnah habiskan duit anak, ayah Farel Prayoga buat laporan polisARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah perangai sebenar bapa Farel Prayoga, masih liat bayar hutangDalam pada itu Farel juga memberitahu hubungan dengan bapanya kini semakin renggang susulan kemelut keluarga yang berlaku. “Sebelum ini hubungan dengan bapa memang baik-baik saja. Masih bercakap seperti biasa, bergurau. “Cuma bila saya rasa kenyataan-kenyataan yang dibuat di media sudah melampau, kami sudah jarang berkomunikasi,” ujarnya. Saya kena terus berjuang kerana kalau tidak bekerja kita tak dapat cari makan. FAREL PRAYOGAPENYANYISementara itu, pengurus Farel, Rais, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada penyanyi tersebut.Konflik keluarga turut memberi kesan terhadap perjalanan kerjaya Farel, termasuk perancangan seni dan kehidupan peribadinya.“Masalah ini agak mengganggu kerjaya Farel. Contohnya kami sepatutnya mengeluarkan lagu baharu dengan lebih cepat tetapi terpaksa menangguhkannya kerana isu perselisihan ini.“Apa yang paling terkesan adalah tentang pendidikan Farel. Bila dirundung masalah ini, dia susah untuk tidur.“Sebelum ini dia sentiasa bersemangat untuk bertemu rakan-rakan di sekolah tetapi sejak kebelakangan ini semuanya sudah terganggu,” katanya.Rais (kiri) tidak menafikan kerjaya Farel sedikit terganggu kerena kontroversi.Sebelum ini, Joko didakwa menggunakan hasil titik peluh Farel bagi menampung kehidupan keluarga sehingga wang simpanan penyanyi itu didakwa habis digunakan.Menurut Rais, Farel mempunyai pendapatan mencecah Rp10 bilion (RM2.8 juta), namun hasil kerja keras itu didakwa telah digunakan sepenuhnya oleh Joko.Susulan polemik tersebut, Joko kemudiannya membuat laporan terhadap Rais di Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia berkaitan isu wang berjumlah Rp10 bilion (RM2.4 juta).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!