suria

Perkahwinan bukan tentang kekayaan, Anzalna jawab komen kahwin lelaki kaya

Anzalna (kiri) mencari keserasian dalam perkahwinan.

PELAKON Anzalna Nasir tampil bersuara menjawab persoalan netizen tentang memilih pasangan hidup dalam kalangan lelaki kaya. 

Kata Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 38, kekayaan bukanlah faktor utama dalam sesebuah perkahwinan, sebaliknya keserasian dan saling menghormati antara pasangan adalah perkara paling penting.

Ujarnya, setiap individu tidak wajar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan status atau harta semata-mata.

Keluarga besar Anzalna.

"Hi sayang, setiap orang mendapat anugerah masing-masing. 

"Perkahwinan bukan semata-mata tentang kekayaan tetapi keserasian, saling menghormati dan membina kehidupan bersama," katanya. 

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap komen seorang pengguna Threads yang menyentuh soal status pasangan adik-beradik Anzalna. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah boros berbelanja RM100,000 untuk barangan mewah, Anzalna Nasir kini pilih bantu insan memerlukan

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna bangga Eidrees jadi imam solat hajat di sekolah, tak sangka sekelas dengan anak Siti Nurhaliza

"Macam mana eh adik-beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya-kaya belaka. 

"Lawa tu satu hal kan," tulis netizen. 

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 21 Februari 2016. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain