suria

Jangan mudah ‘pukul rata’, Lufya kecewa kumpulan usrah dituduh sokong jenayah…. Tepis komen melampau netizen

Lufya menasihatkan orang ramai agar menjaga tutur kata di media sosial.

PENYANYI Lufya Omar tampil memberi respons terhadap komen netizen yang dia  menyokong tindakan jenayah, susulan isu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. 

Bagi Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 41, tidak adil untuk mengaitkan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seorang individu dengan semua pihak lain. 

"Janganlah pukul rata kesalahan jenayah orang lain terhadap kami. Kita sedang berusaha istiqamah di jalan-Nya. Mudah untuk berhijrah tutup kepala, tutup aurat tapi tidak mudah untuk Istiqamah. 

"Jangan samakan kesalahan seorang individu yang berbuat jenayah, habis semua nama terpalit. Ia tidak adil dan jangan biasakan mentaliti seperti ini.

Lufya (kanan) menjawab dakwaan yang dilemparkan netizen terhadap kumpulan usrah.

Lufya (kanan) menjawab dakwaan yang dilemparkan netizen terhadap kumpulan usrah.

"Kita boleh benci kesalahan atau jenayah yang dilakukan tapi jangan membenci orang sekeliling yang tidak bersalah," katanya. 

Lufya berkongsi perkara itu bagi menjawab komen netizen yang mendakwa dia bersama rakan-rakan usrah lain menyokong individu melakukan jenayah rogol.

Dalam pada itu, Lufya turut meluahkan rasa kecewa apabila komen sedemikian ditinggalkan pada hantaran berkaitan usrah bulanan melibatkan ramai selebriti dan juga ustazah yang menyampaikan ilmu agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Omar tarik balik tuntutan nafkah anak, lepaskan tanggungjawab bekas suami... "Ada seseorang yang berhutang besar dengan saya di akhirat nanti"

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang duit bekas suami, Lufya Omar tuntut mutaah sebab anak nak jadi doktor

"Isu ini sudah beberapa hari hangat diperkatakan. Saya rasa melampau  kalau tiba-tiba dapat komen sebegini seolah-olah kami semua menyokong dan terlibat dengan jenayah ini. 

"Komen pula dekat posting usrah bulanan yang melibatkan ramai selebriti dan ustazah yang sedang mengajar agama.

"Bahaya kata-kata sebegini. Seluruh tindakan, baik sekecil zarah, akan mendapatkan balasan setimpal, baik di dunia mahu pun di akhirat," ujarnya. 

Lufya kecewa dengan mentaliti segelintir netizen di media sosial.

Lufya kecewa dengan mentaliti segelintir netizen di media sosial.

Lufya juga menyeru orang ramai agar tidak mudah menghukum dan sebaliknya mendoakan kebaikan buat semua pihak yang terlibat.

"Dalam setiap manusia pasti ada dosa dan kesalahan yang dilakukan. Cukup dengan mendoakan ahli keluarga kita selamat dan tidak menerima ujian “berat” seperti ini. 

"Siapa kita untuk menghakimi orang lain? Biar pihak berkuasa yang jalankan tugas mereka," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain