Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr Azlinda Azman (tengah) ditemani Kim (kiri).
BUAT julung kalinya, syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) melancarkan edisi pertama program pencarian bakat Bintang Uni-Verse 2026, hasil kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.Pengarah Urusan UMM, Kim Lim, berkata program ini memberi peluang kepada pelajar universiti untuk menonjolkan kebolehan dalam bidang nyanyian, selain memperoleh pendedahan secara langsung terhadap industri hiburan tempatan. “Bukan sekadar program pencarian bakat, inisiatif ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran sebenar kepada pelajar universiti mengenai dunia hiburan dan muzik tanah air.“Ini adalah platform di mana bakat bertemu peluang. Harapan terbesar kami adalah untuk memperkukuh jaringan strategik antara universiti awam dan industri muzik tempatan.Dr. Azlinda Azman (tengah), Nuha, Ismail dan Mohsein semasa majlis pelancaran Bintang Uni-Verse 2026.“Kami juga berharap Bintang Uni-Verse dapat menjadi batu asas dalam mencungkil dan membentuk bakat baharu di Malaysia, seterusnya melahirkan generasi artis masa depan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.Kim berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran serta pemeteraian kerjasama strategik antara UMM dan lima universiti terlibat, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr Azlinda Azman.Lima universiti awam yang terlibat dalam program berkenaan ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Menariknya, program ini turut melibatkan beberapa syarikat rakaman lain termasuk L.Y. Music Factory dan Faithful Music.ARTIKEL BERKAITAN: Universal Music Malaysia dan Faithful Music jalin kerjasama, Faizal Tahir anggap peluang luaskan potensiARTIKEL BERKAITAN: Muzik video Question nyanyian Dolla diturunkan, Universal Music hormat sensitiviti masyarakatMajlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan penyanyi Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush yang mewakili syarikat rakaman masing-masing.Nuha ketika ditemui media berharap program tersebut mampu menjadi platform terbaik buat peserta mengenali potensi diri serta membina keyakinan dalam bidang muzik.“Harapnya Bintang Uni-Verse dapat membantu peserta menonjolkan bakat, meneroka identiti seni mereka dan memberi impak positif kepada industri muzik pada masa hadapan,” katanya.Bintang Uni-Verse merupakan platform pencarian bakat yang memberi peluang kepada pelajar universitiMelalui inisiatif ini, Bintang Uni-Verse dilihat mampu memperkasakan bakat muda tempatan dengan pengalaman profesional industri, pengiktirafan global serta peluang mewakili Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa.Maklumat lanjut mengenai tarikh uji bakat, jadual jelajah kampus serta garis panduan penyertaan akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi platform rasmi UMM.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!