suria

Tak tahan difitnah habiskan duit anak, ayah Farel Prayoga buat laporan polis

Kemelut keluarga Farel nampaknya masih belum berkesudahan.

BAPA kepada penyanyi Farel Prayoga, Joko Suyoto akhirnya membuat laporan terhadap pengurus anaknya, Rais di Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, susulan polemik berkaitan wang berjumlah Rp 10 billion (RM2.4 juta)

Peguam yang mewakili Joko, Charisma Adilaga Sugiyanto, menjelaskan bahawa proses undang‑undang kini telah dimulakan selepas aduan dimasukkan dalam sistem pihak berkuasa. 

Tindakan ini juga dibuat agar dapat mengubah persepsi tidak benar yang selama ini dilemparkan terhadap Joko. 

Joko (kanan) tidak dapat menahan sabar apabila sering difitnah menghabiskan wang milik Farel.

“Kami telah menghantar aduan melalui sistem aduan elektronik Polis Republik Indonesia (e‑kepolisian). 

"Ramai pihak seolah‑olah mendakwa yang membazirkan wang Farel Prayoga ini adalah keluarganya, sedangkan itu tidak sepenuhnya benar," katanya. 

Sementara itu, Joko mengakui bahawa dia merasa terbeban dengan isu yang menuduh dirinya mengambil kesempatan terhadap Farel. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah perangai sebenar bapa Farel Prayoga, masih liat bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Farel Prayoga sudah mula kerja sejak usia 8 tahun, jawab dakwaan dipaksa keluarga cari nafkah

Dia kini tidak lagi berdiam selepas pelbagai tuduhan mula timbul termasuk dakwaan yang dibuat oleh Rais.

"Sebenarnya banyak (tuduhan) tentang saya melalui podcast dan temu bual. Malah saya masih berdiam diri lagi.

"Selepas Farel sendiri membuat tuduhan saya masih diam tetapi si pengurus itu yang bercakap sampai berkali-kali,"  luahnya. 

Sebelum ini, Joko didakwa menggunakan hasil titik peluh Farel untuk menampung hidup keluarga sehinggakan duit simpanan penyanyi itu kehabisan.

Menurut Rais,  Farel mempunyai pendapatan sehingga Rp10 bilion (RM2.8 juta), namun hasil kerja keras itu didakwa habis digunakan oleh Joko.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain