suria

Emilia Clarke alami krisis kesihatan mental, Covid-19 jadi penyelamat 

Emilia Clarke kena gangguan mental.

PELAKON Emilia Clarke mengakui pernah mengalami gangguan kesihatan mental selepas drama siri popular Game of Thrones berakhir.

Menurut Emilia, 39, kejayaan besar menerusi watak Daenerys Targaryen memberikan impak dalam kehidupannya secara mendadak, namun di sebalik populariti itu dia melalui saat paling sukar.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia memberi peluang untuk dirinya berhenti seketika dalam bidang lakonan dan menikmati kehidupan dengan lebih tenang.

Kesian sampai kena gangguan mental

“Saya mengalami kehancuran mental sepenuhnya. Pandemik datang tepat pada waktunya,” katanya.

Difahamkan Emilia mengalami masalah gangguan mental kerana berasa sebahagian besar kerjayanya sebelum itu tidak mencerminkan cita rasanya kerana seolah-olah diterima tanpa sempat berfikir panjang. 

Dalam pada itu, Emilia turut menyifatkan populariti dimilikinya pernah membuatkan dia berasa tertekan, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Emilia Clarke menangis disuruh bogel dalam 'Game Of Thrones' - “Saya tak tahu apa yang mereka harapkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Emilia Clarke menangis jumpa Beyonce, teruja dijemput acara Oscar

“Saya tidak pernah bertemu seseorang yang menjadi diri mereka sendiri. Ada saja yang membuatkan saya tidak selesa,” luahnya.

Situasi tersebut amat mencabar baginya kerana kerjayanya bergantung sepenuh kepada komunikasi.

Emilia turut memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam memilih projek dan mahu mempunyai kawalan terhadap kerjaya sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain