suria

Ne-Yo ada tiga kekasih, semua pilih untuk terus kekal… Terbuka hidup bersama

Ne-Yo bijak mengatur masa untuk tiga orang kekasih.

PENYANYI Ne-Yo mengakui selesa menjalinkan hubungan cinta dengan tiga wanita serentak tanpa perlu berselindung.

Menurut Ne-Yo atau nama sebenarnya Shaffer Chimere Smith, 47, kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini membuatkan dia bersikap jujur dengan semua wanita tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Menurut Ne-Yo, dia mula memberitahu kepada salah seorang teman wanita tentang hubungannya bersama wanita lain dan berharap agar perkara itu dapat diterima.

Ne-Yo dan tiga kekasihnya hidup bahagia bersama. 

“Saya beritahu tentang hubungan dengan wanita lain dan meminta mereka bertemu supaya dapat mencari jalan melalui semua ini bersama.

“Semua wanita yang saya bersama memilih untuk terus kekal,” katanya dalam satu temu bual.

Penyanyi itu kini menjalinkan hubungan cinta bersama tiga wanita iaitu Arielle Hill, Cristina dan Moneii.

ARTIKEL BERKAITAN: Serang pemandu perkhidmatan e-hailing, pelakon ditahan polis 

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna beri bayangan sudah sedia timang cahaya mata keempat

Ne-Yo pada masa sama menegaskan dia tidak menjalinkan hubungan sulit secara berasingan.

Sebaliknya, apa yang dilaluinya ini adalah satu hubungan bersama tiga wanita.

“Perkara utama yang perlu difahami adalah saya bukan berada dalam tiga hubungan. Saya berada dalam satu hubungan dengan tiga wanita,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain