suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah! Seungri sudah berkahwin, bakal timang anak pertama

Seungri menjelaskan salah faham tentang status dirinya.

PENYANYI Seungri akhirnya tampil bersuara menjelaskan status hubungan dia bersama seorang wanita yang dikatakan kini sedang hamil.

Menepis segala spekulasi yang timbul, Seungri, 36, menegaskan wanita berkenaan merupakan isterinya yang sah dan bukanlah kekasih seperti sangkaan ramai.

Malah, dia juga menolak dakwaan perkahwinan mereka sebelum ini dibuat disebabkan wanita itu sudah hamil sebelum bergelar isteri.

Seungri kini lebih fokus kepada keluarga. 

“Agak membebankan bagi saya untuk berkongsi secara terperinci kerana perkara ini bersifat peribadi. Namun, saya dan isteri sudah berkahwin secara sah di sisi undang-undang.

“Dakwaan mengatakan saya berkahwin kerana isteri hamil adalah tidak benar,” katanya dalam satu temu bual.

Bekas anggota kumpulan Big Bang ini bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci identiti isterinya itu serta tarikh perkahwinan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Seungri disiasat polis lagi, nafi dakwaan serang lelaki dan hayun botol arak 

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan serang lelaki mabuk, Seungri akui pegang botol minuman keras...“tapi saya tidak hayun atau ugutnya“

Dia dikatakan telah mendaftarkan perkahwinan tersebut namun tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis bagi meraikan hari bahagia mereka.

Pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata pertama pada Januari 2027.

Seungri juga sebelum ini dalam satu temu bual telah memberi bayangan dia sudah berkahwin dan harus memberi fokus serta tanggungjawab penuh terhadap keluarga.

 

Artikel Lain